Friday, 24 June 2011

Harimau liar terlatih







  1. Seorang pengurus memberitahu anak buahnya, " Pengurus yang baik dapat melatih seorang pekerja yang teruk menjadi terbaik."

  2. Tambahnya lagi, "Jika harimau liar yang tidak mempunyai akal di hutan dapat dilatih dan dijadikan binatang dalam sarkas, inikan pula manusia yang mempunyai otak serta boleh berfikir!".

  3. Anak buahnya termenung seketika dan bertanyakan soalan ," adakah semua orang boleh melatih harimau?"

  4. Pengurus itu menjawab, "Tidak. Hanya mereka yang terpilih dan hebat sahaja boleh melatih harimau".

  5. Anak buahnya menyambung, "Maksudnya, tidak semua pengurus dapat menjadi pelatih harimau. Ada pengurus yang lebih suka menembak harimau itu terus. Dijadikan hiasan di rumah, takut nanti membahayakan semua orang."

  6. Pengurus terdiam. Hilang idea.

No comments:

Post a Comment