Thursday, 23 June 2011

Tabiat buruk pemakanan rakyat Kelantan


  1. Pertama, saya memohon maaf jika posting ini memburukkan rakyat Kelantan. Namun, tujuan saya tidak lain supaya rakyat Kelantan lebih terbuka pada kritikan dan berubah mengamalkan pemakanan sihat.
  2. Saya sendiri berasal dari Kelantan, namun sejak remaja mula keluar negeri, berkahwin dengan orang Sabah dan kini bekerja di Sarawak.
  3. Lawatan saya ke Vietnam baru - baru ini menguatkan lagi alasan saya untuk terus mengkritik cara pemakanan orang Kelantan.
  4. Berikut adalah kritikan saya pada cara pemakanan orang Kelantan yang tidak baik untuk kesihatan :-
*Banyak makanan manis seperti air, kuih muih dan menu masakan yang menggunakan gula berlebihan.
*Banyak makanan masin yang menggunakan garam secara berlebihan.
*Kurang makan sayuran sebagai menu asas.
*Makan makanan eksotik seperti organ dalaman seperti perut, hati, hempedu.
*Makan jumlah makanan atau pengambilan kalori yang tidak bersuaian dengan kerja harian.
*Kurang bersenam.
*Makan tidak mengikut waktu.
*Minum air manis selepas makan tengahari atau malam.
*Masakan banyak menggunakan santan atau lemak.
*Kurang mengamalkan kebersihan dalam penyediaan dan penyimpanan makanan.
*Makan makanan yang hampir basi.
*Makan makanan sejuk.
*Menggunakan minyak masak berulan kali.
*Memanaskan makanan untuk menyimpan lama berulang kali.

serta banyak lagi.

Jika ada yang tidak bersetuju dengan saya, anda patut lihat statistik pesakit kencing manis di Kelantan.

Negeri ini menduduki negeri pertama paling ramai mengidap penyakit kencing manis. Dan jumlah itu terus meningkat.

Belum dijumlahkan pesakit darah tinggi, sakit jantung, gout dan sebagainya.

Sebagai sebuah negeri yang menjulang Islam sebagai panduan hidup, menjaga kesihatan badan itu wajib.

Makanan yang dimakan bukan setakat halal, malah mesti juga tidak berbahaya pada tubuh. Sama seperti rokok itu haram, haram hukumnya jika kita makan gula berlebihan kerana akan memudaratkan tubuh badan.

Tubuh badan yang sakit di usia muda atau tua akan membawa kerugian pada diri, keluarga dan agama.

Berubahlah ke arah cara pemakanan yang sihat!

No comments:

Post a Comment