Tuesday, 21 June 2011

Kujumpa rumahku di Vietnam





  1. Walaupun tajuknya agak kontroversi, namun itulah yang dapat saya gambarkan. Saya amat suka rekabentuk rumah di Vietnam.
  2. Rumahnya kecil, unik dan mempunyai laman yang luas.
  3. Sama seperti ruang kedai dan pejabat di Bandaraya Ho Chin Minh yang bersaiz 4 meter lebar. Rumah juga bersaiz 4 meter lebar.
  4. Polisi kerajaan menjadi faktor utama kepada saiz ini.
  5. Jika lebar dibesarkan, kos akan menjadi lebih tinggi.
  6. Namun, tidak menjadi masalah jika ditinggikan atau dipanjangkan ke belakang.
  7. Kesan daripada polisi ini, kebanyakan rumah di bandar dan kampung bersaiz sama. Tidak menampak jurang perbezaan orang kaya dan miskin.
  8. Namun yang hebatnya, kawasan laman mereka dipenuhi segala jenis tumbuhan dan sangat bersih.
  9. Saya mempunyai impian untuk membina rumah yang bersaiz kecil kerana ia unik.
  10. Penggunaan saiz hari ini menjadi persoalan yang besar.
  11. Saiz yang kecil akan menggunakan tenaga elektrik yang rendah.
  12. Saiz yang kecil senang untuk diselia.

No comments:

Post a Comment