Tuesday, 21 June 2011

Perasaan terdesak

Manusia bila terdesak, survival dalam diri akan tinggi. Tika itu, mereka menjadi kualiti manusia yang terbaik.

Terdesak, mengalami perasaan susah dan hampir mati akan mengubah seseorang menjadi manusia terbaik.

Ingatlah waktu dan saat itu.

Sudah pasti anda akan menggunakan segala ruang untuk menjadi terbaik, buat yang terbaik, buat kebaikan dan tidak sesekali membuang masa serta peluang yang ada.

Mati adalah nasihat terbaik bagi mereka yang mahu berfikir.

Sebaliknya,

manusia juga insan atau lain maksud pelupa. Pelupa itu menyebabkan manusia kembali kepada perkara lama dan tidak berubah.

Beruntunglah mereka yang tidak lupa dan sentiasa ingat waktu terdesak dan sentiasa tinggi sifat survivalnya.

Beruntunglah mereka yang sabar dan menghargai masa.

No comments:

Post a Comment