Sunday, 6 July 2025

4 golongan bersama Al Quran

Kuliah Subuh Ahad 6 Julai 2025 Surau An Najah TUJP oleh Al-Fadhil Ustaz Professor Dr Asmadi Sakat, Al-Quran 

4 golongan manusia bersama Al-Quran 

1️⃣ Kasturi

Baca dan amalkan Al-Quran, dan menyebarkan kebaikannya

Bau wangi semerbak mengindahkan alam dan memberikan manfaat kepada ramai orang

2️⃣ Tamar

Tiada bau tapi rasanya sedap

Beramal dengan Al-Quran tapi tidak berusaha untuk menyebarkannya. 

Hanya orang yang bertanya (ahli) sahaja yang tahu dan dapat manfaat daripadanya

Antara tafsir Al-Quran yang bagus adalah 
Tafsir Al Munir
15 juzuk x 2 jilid
Ada dalam format pdf 
Boleh cari dan baca

Paling kurang baca 10 ayat sehari 
Bukan orang yang lalai

3️⃣ Bau wangi tapi buahnya pahit

Baca dan faham Al-Quran tapi tidak beramal dengannya 

4️⃣ Tidak baca Al-Quran dan tidak beramal dengannya

Pastikan kita sentiasa dalam jaminan Nabi SAW 

“Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih

“Sesungguhnya Allah mempunyai banyak ahli (keluarga) dari kalangan manusia”. Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah, siapakah mereka?” Beliau bersabda: “Ahli Quran adalah ahli Allah dan orang-orang khususNya.”
(HR. Ibnu Majah, No. 215; Ahmad, No. 12279, 12292, 13542. Hasan Sahih)

"Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang (berterusan) belajar Al Quran dan mengajarkannya." (Hadis Riwayat Bukhari No. 4639)

Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabbku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No. 6589, Dar Ihya Turath Arab, Status Hadis Sahih)

Kasturi dan tamar akan memberikan manfaat kepada orang lain

Dalam Al-Quran 

1000 ilmu (ayat) tentang galakan dan ancaman

500 ilmu (ayat) tentang hukum hakam. Ilmu pertama adalah solat. Solat settled insyaAllah 499 hukum hakam lain settled 

"Siapa jaga solat subuh, dia sentiasa dalam jagaan Allah SWT"

"1️⃣Sebarkanlah salam, 2️⃣ucapkanlah perkataan yang baik, 3️⃣sambungkan hubungan silaturahim dan 4️⃣solatlah di waktu malam ketika manusia sedang nyenyak tidur, maka engkau akan masuk syurga dengan selamat." (Musnad Ahmad No: 10027) Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Tsiqah

Buat empat ini; sebarkan salam, ucapkan perkataan baik, sambungkan silaturahim & solat malam ketika orang lain tidur, insyaAllah kita akan masuk syurga dengan selamat 

Umpama kapal 1️⃣ Kasturi & 2️⃣ Tamar = orang beramal

Golongan 3️⃣ & 4️⃣ perlu dibantu agar sama-sama selamat sampai ke destinasi insyaAllah 

Kalau tidak golongan 3-4 akan tebuk kapal untuk dapatkan air dari bawah dan semuanya akan karam

Pelayaran / kehidupan kita di bumi ini umpama pelayaran dalam kapal; bahagian atas ambil air dari atas, jika orang di bahagian bawah ambil air dari bawah dengan tebuk kapal, maka semua orang dalam kapal akan  karam

Kesimpulan 

1. Baca, faham, amal dan sebarkan Al-Quran paling kurang 10 ayat setiap hari, lebih kurang 1 helai

10 ayat faham Al-Quran, maknanya 10 kali kita faham ditegur Allah SWT 

2. Dimanapun kedudukan kita, golongan 1️⃣ hingga 4️⃣, pastikan kita berterusan belajar dan mengajarkan Al-Quran 

3. Takut dan harap berterusan kepada Allah SWT sehingga husnulkhatimah insyaAllah 

Moga bermanfaat, dapat amal dan sebarkan insyaAllahcatitan Syeikh Lukeman

No comments:

Post a Comment