Friday 17 July 2009

PTPTN - Menabung semasa anda bekerja.. :P

PTPTN
  1. Kepada mereka yang bergelar siswazah, sudah tentu biasa mendengar singkatan ini. Disebabkan oleh kerana ketiadaan duit untuk melanjutkan pelajaran, tabung ini menjadi antara pilihan penting untuk semua pelajar universiti di Malaysia.
  2. Pendek cerita, saya salah seorang peminjam PTPTN. Selepas menamatkan ijazah pertama pada pertengahan tahun 2003, saya terus mencari kerja. Beberapa kali berpindah tempat kerja dan keadaan ekonomi diri yang masih tidak stabil menyebabkan saya telah menangguh untuk membayar pinjaman ini. Tanpa disedari, jumlah terkumpul akibat 4% dari baki RM24,500 memcecah hampir lebih RM27,000!
  3. Pada tahun 2006, selepas berkahwin dan mendapat anak pertama, saya cuba untuk membayar secara tidak tetap bulanan, namun pada akhir tahun, saya dapati jumlah pertambahan daripada 4% @ RM7+ @ >RM700/tahun lebih tinggi daripada jumlah yang saya bayar. Bayangkan dengan jumlah gaji yang rendah, komitmen terhadap keluarga dan berada jauh dari kampung..jumlah hutang saya makin hari makin bertambah.
  4. Alhamdulilah, selepas memulakan kerja di tempat baru pada tahun 2008, pendapatan baru membolehkan saya untuk menolak gaji bulanan terus. Namun, saya tetap tidak berpuas hati dengan jumlah kos pentadbiran @ interest yang tidak juga berkurang.
  5. Dengan tabah hati, saya menekadkan untuk menolak gaji bulanan sebanyak RM1000.00/sebulan. Dengan itu, mengikut kiraan saya akan melunaskan hutang PTPTN ini dianggarkan pada Aug/Sept 2010!. Sehingga kini baki adalah RM13,373.06 dengan kos pentadbiran RM27.98.
  6. Komitmen ini memerlukan pengorbanan yang besar, namun saya tetap berpuas hati kerana dapat melunaskan hutang ini dengan baik. Tindakan membuat potongan terus melalui gaji dan dibayar kepada LHDN, boleh mendisiplin perbelanjaan saya setiap bulan.
  7. Ini adalah secebis kisah saya dan PTPTN. Saya tahu di luar sana masih ramai yang bergelumang dengan cabaran kehidupan serta perlu membayar hutang semasa belajar. Banyak yang boleh dipelajari seperti :- Sebagai ibubapa, kita perlu menabung untuk pelajaran anak pada masa akan datang, sebagai pelajar kita perlu sedar duit yang diperolehi itu bukan untuk bersukaria, tetapi untuk belajar dan kena ingat, duit itu perlu dibayar pada masa akan datang! Sebagai kerajaan, amatlah gembira pemimjam PTPTN jika 4% kos pentadbiran @ interest itu dimansuhkan. Apalah gunanya duit berbillion ringgit ditabur kepada pemakan rasuah negara, tetapi kita menyedut duit dari lepasan pelajar yang belum tentu memperolehi pekerjaan !
  8. Apa pun, hutang wajib dibayar sebelum kita mati..kalau tak roh tersangkut ...pandai pinjam, pandai la bayar. Wassalam.

No comments:

Post a Comment