Saturday, 21 November 2009

Maklumbalas kepada En. Puji

Beliau melawat blog ini dan bertanyakan pada saya persediaan untuk menjadi 'miller'. Berikut adalah nasihat ringkas saya.

Waalaikum WT. En. Puji,

1. Terima kasih kerana melawat bloq saya.
2. Tahniah kerana memilih industri ini sebagai kareer.
3. Tak kisah di mana atau syarikat ada bekerja, konsep yang sama boleh diaplikasi. Sikap dan altitud diri menjadi amat penting untuk maju di dalam industri ini. Jika sikap tidak betul, mana pun tempat kita berdiri, kita akan menemui kegagalan.
4. Terima keadaan atau situasi tempat kerja. Cuba untuk baiki dan improve standard ke arah yang lebih baik. Jangan mencari alasan seperti jauh dari bandar dan sebagainya untuk anda tidak buat yang terbaik.
5. Pastikan mempunyai sikap positif dari awal serta target untuk dicapai dalam tahun tersebut atau 5 tahun akan datang. Bila nak ambil stim eng exam? bila nak pergi diploma mpob? bila nak jadi manager? dan sebagai. Jika dapat senior yang guide semua itu, anda akan bertuah.
6. Minat. pilihan 2 sahaja. Anda minat, teruskan dan buat yang terbaik dalam industri. Anda tak minat, resign, cari kerja industri lain.
7. Keluarga memainkan peranan penting. pastikan family anda menyokong kareer anda. Jika tidak, anda akan bertukar angin separuh jalan.

good luck. Hari ini anda tanam pokok yang baik, hasilnya nanti manis dan lazat.Hari anda tanam pokok beracun serta berduri, kelak anda akan rugi.

No comments:

Post a Comment