Friday, 30 March 2012

Awang

Setelah mencari nama yang sesuai, akhirnya Awang menamakan dirinya.

Kenapa 'Awang'?

Awang amat sinonim dalam banyak perkara dalam hidupnya. Seumpama sebuah cerita negara jiran yang amat diminatinya, "Sang Pemimpi", begitu juga "Laskar Pelangi".

Penggunaan awalan nama "Si" memberikan dia untuk menggunakan perkataan "Awang".

Awang juga nama arwah datuknya iaitu "Awang Lah".

Awang juga nama timangan yang digunakan oleh orang - orang tua negeri kelahirannya mewakilkan orang muda "Awe" sama seperti gadis dipanggil "Mek".

Awang juga digunakan dalam banyak cereka sejarah seperti Awang Si Pengembara. Awang dan labu - labunya.

ya kawan!

itulah sejarah namanya Awang!

Thursday, 29 March 2012

Awang Si Kembara Insan

Nama pena ;

AWANG SI KEMBARA INSAN.

Kawan! mulai sekarang aku akan menggunakan nama pena aka nama keyboard.

Ini semua gara-gara pengaruh rakan blogger aku iaitu "The Long Walk"..klik di sini

Lagi pun, dengan adanya nama pena, akan lebih menyenangkan aku satu masa nanti untuk menulis novel.

Monday, 12 March 2012

Buah Mangga! Syurga makanan di Kelantan

Walaupun ada pm yang tak sedar diri kata Negeri kami miskin, tapi kami tetap bangga lahir di Negeri Serambi Mekah.
Buah pauh atau mangga dari negara jiran Thailand amat mudah diperolehi di mana penjuru bandar negeri Kelantan. Selain dari rasa yang sedap, manis dan bermacam - macam anika pilihan, yang paling penting adalah MURAH! semurah RM2-3/kg!
Murah dan boleh dinikmati oleh setiap penduduk negeri kami yang dikatakan miskin!

Friday, 9 March 2012

Water catchment area - raise up bund




Projek pertanian di perumahan dan kawasan terbiar water treatment






Projek pertanian di kilang sudah memasuki fasa ke-3 apabila berita tentang perpidahan ke Sandakan diterima.
Sudah pasti semua tumbuhan yang tumbuh itu akan menjadi sebuah kenangan buat diri saya sendiri. Moga-moga ia menjadi sumber makanan untuk semua pekerja kilang, haiwan serta segala hidupan di sana.
Terima kasih kepada semua staff dan pekerja yang telah memberi kerjasama dalam menjayakan projek tersebut.
Berbakti kepada tanah, asal tubuh badan kita sudah pasti akan banyak manfaatnya.

Semoga usaha ini akan memberikan pahala yang tidak kunjug habis.