Monday, 19 August 2013

Iqra' - bacalah!

Sy obses dan ghairah mengumpul buku, memang saya juga minat membaca.

Kembara ilmu ke rumah Ust Dr Basit, memberi sy ilham rak buku yg akan sy bina bila ada rumah nanti-byk sungguh koleksi buku dan kitab ustz!

Setiap kali ke supermarket atau bandar, kedai buku besar antara lokasi yg mesti sy lawati, dan sudah tentu akan dibeli buku satu atau dua.

Berada di Sabah dan Srwk, tak byk kedai buku besar seperti Sykt jaafar rawas atau Kunikuniya di klcc, maka, setiap kali sy balik ke kampung, mesti byk buku yg sy beli. Sy sebenarnya lebih suka bawa balik buku ke Sabah dari bawa makanan- kerana buku itulah makanan otak saya setiap hari.

Nikmat berada di bandar yang punya kedai buku besar mungkin cuma dirasai oleh org seperti saya. Maka, bila ada peluang, pasti digunakan sepenuhnya. Sama ada buku utk saya, anak2 atau keluarga lain.


Bukan setakat itu sahaja, malah, nikmat mencari ilmu itu lebih besar rasanya bila dapat berkenalan dengan para ulamak dan mereka yang berilmu serta fuqaha'.

Mungkin keghairahan saya yang terbaru adalah-memburu para ulamak dan mengenali mereka dgn lebih rapat selepas ini. Melawat dan mengenali mereka bagi saya cukup besar maknanya kerana ulamak mendekatkan diri kita kepada Allah melalui ilmunya, sgt berbeza jika kita melawat orang kaya-berpangkat- ia lebih mendekatkan kita kpd dunia dan jauh kpd akhirat.

Apa yg sy cuba sampaikan adalah, rasai dan selamilah nikmat yg anda ada di sekililing anda terutama nikmat utk mencari ilmu dan berdampingan dengan orang yg berilmu.


Jika pun anda belum lagi baca buku yang anda beli hari ini, percayalah, suatu saat nanti ia menjadi satu khazanah cukup berharga utk anda menjalani kehidupan yg penuh cabaran tika ini.

*gambar di atas-koleksi terbaru buku anak sulung saya!

No comments:

Post a Comment