Dengan nama Allah, aku menulis.
Assalamualaikum wt dan salam sejahtera.
Hari ini adalah sejarah dalam penulisan blog Kembara Insan apabila aku tidak post apa - apa sejak satu bulan setengah yang lepas. Untuk pertama kalinya, bulan Ogos 2014 tiada post, bulan pertama tanpa post sejak aku menjadi blogger bermula tahun 2009. Kini masuk tahun ke lima (5) bergelar seorang blogger.
Namun, dalam keadaan begitu, aku cukup terpesona dengan angka pageviews terus bertambah saban hari dan angka terkini adalah 325, 599 views!
Pageviews ini mencapat 100,000 pada tahun 2012 dan sejak itu pageviews bertambah saban hari walaupun sejak tahun 2013, post aku mula berkurangan.
Aku mengucapkan jutaan terima kasih atas lawatan daripada Tuan Puan semua ke blog ini. Walaupun semakin jarang dikemaskini, namun Tuan Puan terus memberikan sokongan dengan melawat post post lama yang pada perkiraan saya menjadi rujukan dalam bidang tertentu. TERIMA KASIH atas segala sokongan!
*****
Post ini sebenarnya tidak ada kaitan dengan Hari Malaysia. Ia cuma ditulis selepas Hari Malaysia iaitu semalam.
Banyak kekangan yang saya hadapi menyebabkan hampir setahun lebih tidak lagi mampu untuk mengemaskini blog seperti yang saya lakukan sebelum ini. Antaranya adalah :-
1. Kekangan suasana kerja baru
2. Kekangan akses internet
3. Kembara ke persinggahan baru
Ya. Faktor yang paling besar adalah persinggahan baru. Meneruskan pengembaraan dan perjalanan yang masih jauh dan belum tahu bila akan menemui perhentian terakhir.
Dalam perjalanan itu sebenarnya banyak yang saya ingin kongsikan, namun disebabkan kekangan di atas, banyak memberikan cabaran besar buat saya untuk berkongsi dan kemaskini blog.
(mmm....tengah menaip ini pun dua tiga kali offline!)
Apapun, kepada SEMUA PELAWAT blog KEMBARA INSAN, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas lawatan Tuan Puan semua.
Insya Allah, sebenarnya banyak yang ingin dikongsi dalam menempuh perjalan hidup yang hebat ini. Ada peluang dan ada rezeki, kita kongsi bersama kerana
WE SHARE BECAUSE WE CARE!
wassalam.
ZM
Kembara Insan
Lahad Datu
17hb. September 2014
19:49pm