Sejak memulakan kerja di tempat baru bermula 17.2.2015, pengembaraan baru bermula. Menarik? Laksana permulaan pengembaraan, tiada yang indah sehingga sampai ke destinasi. Masih dalam proses menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi baru. Rakan baru. Bos baru. Industri baru. Suasana baru. Tugas baru. Semua benda baru itu adalah cabaran untuk tempoh pengembaraan ini.
Buat masa ini masih dalam proses menyesuaikan diri.
....tiada perkara menarik untuk dikongsi.
TOASTMASTERS BANGSAWAN & LAHAD DATU TOASTMASTERS CLUB
1. Menjadi Presiden Chartered, tugas utama memastikan kelab terus relavan dan mencapai goal yang ditetapkan. Dua kelab disertai dengan mudah mendapat 5 crown untuk anugerah Triple Crown. Kelab TBLD pula mencapai status Select Distinguished Club walaupun berusia 5 bulan. Insya Allah, sebelum berakhir Jun 2015, kelab akan mencapai status President Distinguished Club.
2. Perkara menarik berlaku bulan Mei apabila buat kali ke 2 menyertai Konvensyen Toastmasters di Kuching. D87.
Jumpa dengan Dananjaya H, mengikuti 2 slot ucapan beliau serta ramai penceramah bertaraf dunia adalah sesuatu yang mengujakan. Banyak ilmu dan semangat diperolehi untuk meneruskan pengembaraan dalam Toastmasters.
3 Bermula tahun 2015, kelab agak hambar dengan kehadiran ahli - ahli lain. Namun, beberapa ahli yang hadir meneruskan projek ucapan dan kepimpinan bagi membolehkan kelab mencapai 9 goals untuk status PDC. Pengalaman baru dari konvensyen dikongsi dengan rakan ahli supaya meneruskan perjuangan kelab.
4. Mesyuarat latihan ke 13 agak meriah dengan kehadiran ahli sempena penyampaian sijil charter.
MEMORI KAMBING DAN PERANCANGAN MASA DEPAN
1. Kenangan dan memori kambing masih segar diingatan. Setiap kali melihat kambing di jalanan, sudah pasti akan menguatkan kembali impian menjadi pengembala kambing satu hari nanti.
2. Impian tinggal impian selagi tidak diusahakan.
3. Buat masa ini, perkara terbaik adalah menyimpan modal demi persediaan ke arah impian tersebut.
4. Pada waktu yang sama, mencari peluang untuk membeli tanah di lokasi yang sesuai. Tanah, tanpa modal yang besar amat sukar membeli tanah.
5. Hanya tinggal satu lagi dari senarai cabaran yang belum diselesaikan, iaitu Jurutera Professional. Proses ditangguhkan 2 tahun lepas disebabkan sibuk dengan MBA. Namun, tahun lepas baru menamatkan MBA, sepatutnya proses untuk Ir diteruskan. Masih berkira - kira waktu yang sesuai untuk mengorak langkah dan mengumpul sisa - sisa semangat untuk memerahkan kembali otak.
6. Aku amat berharap dan berdoa semoga suatu masa impian untuk menjadi pengembala kambing akan tercapai.
7. Aku perlukan tanah minimun 20 ekar. Siapa nak jual murah? atau nak bagi pajak 20 tahun?
ANTARA IMPIAN DAN KENYATAAN
1. Hanya Allah penentu segalanya.
2. Allah yang memberi dan Allah tahu mana yang terbaik buat kita.
3. Antara impian yang belum dicapai, dengan apa yang sudah digapai, sudah pasti ada jarak yang sangat berbeza.
Namun, kehidupan ini diteruskan.
Terus memperbaiki supaya menjadi lebih baik.
Kekadang, langkah yang dipilih mungkin kurang baik, namun, itulah lumrah kehidupan.
"Lautan tidak akan didapat dilepasi jika kita tidak mahu melepaskan pandangan pelabuhan'.
Salam Syaaban 1436H
Semoga Allah memberkati kita semua.