1. Pagi ini bercerita panjang bersama seorang staff. Tajuk stress management. Disoal, bagaimana menguruskan tekanan terutama di tempat kerja?
2. Rakan taulan, sahabat handai, adik abang serta tuan puan yang saya kasihi. Izinkan saya berkongsi pengalaman menjalani kehidupan seorang jurutera, pengurus, ayah serta seorang insan yang penuh dengan tekanan setiap hari.
3. Pada pandangan saya, kerjaya jurutera dan juga pengurus yang menguruskan sebuah kilang antara posisi yang cukup memberikan tekanan. Pelbagai tekanan datang setiap masa dan ketika.
4. Tekanan bermula daripada masalah.
5. Masalah tidak akan pernah berhenti. Kelak kita mati sekalipun, kita tetap akan ada masalah di alam kubur dan juga alam akhirat. Yang penting di sini adalah bukannya masalah, TETAPI CARI KITA MENGENDALIKAN MASALAH & SETERUSNYA MENYELESAIKAN MASALAH.
6. Untuk menyelesaikan masalah memang perlukan skill dan ilmu. Tanpa skill dan ilmu, tidak semua orang boleh menyelesaikan masalah.
7. Selaku seorang jurutera, memang kerjanya adalah seorang yang menyelesaikan masalah. Ya, JURUTERA PENYELESAI MASALAH.
8. Izinkan saya berkongsi pengalaman tip - tip untuk menyelesaikan masalah dan seterusnya mengurangkan tekanan dalam hidup kita setiap hari.
Tips
a. Apabila ada masalah, ambil tempoh bertenang. Elakkan diri dipengaruhi emosi nafsu syaitan. Jangan marah. Relax, sabar dan tenang. Bila kita marah, tak tenang, emosi dan nafsu, maka kita tidak akan dapat berfikir secara waras dan membuat analisa serta keputusan yang bernas.
b. Bila tenang, hati akan cerah laksana matahari terbit di pagi hari. Buat siasatan. Buat kajian dan analisa. Faktor. Punca. Sebab musabab. Siapa yang terlibat. Saksi. Mangsa. Maklumat terperinci kejadian.
*Jangan main serkap jarang.
*Jangan tuduh menuduh.
*Jangan bersangka buruk.
*Jangan terus membuat kesimpulan.
c. Setelah punca dan faktor masalah telah ditemui, cari jalan penyelesaian terbaik. Berbincang dengan pelbagai pihak. Apabila persetujuan telah dicapai, maka laksanakan penyelesaian tersebut.
d. Laksanakan! Follow up, follow up dan follow up sehingga masalah tersebut telah selesai sepenuhnya. Jika perlukan perubahan ke arah kebaikan, bincang sekali lagi dan ulangikan proses laksana serta follow up!
Jika proses a, b, c, d dilakukan kepada setiap masalah yang anda hadapi setiap hari, maka setiap hari satu dan dua masalah akan selesai. Setiap hari masalah selesai dan anda lebih bersedia untuk menghadapi masalah lain dengan lebih yakin.
NAMUN, jika anda tidak melakukan proses di atas, anda tentu akan melakukan perkara ini :-
i. Anda lari daripada masalah dan tidak mencari jalan penyelesaiannya.
ii. Masalah itu akan mengikori anda setiap masa dan ketika. Otak, ingatan anda akan diselubungi oleh masalah tersebut. Anda tidak dapat lari. Akhirnya, ia ibarat bom atom yang tunggu masa untuk meletup!
iii. Hidup harian menjadi bertekanan. Masalah berkumpul lebih banyak dan akhirnya anda mendapat minor strok!
Tip seterusnya adalah :-
1. BERLAPANG DADA. Terima seadanya. Tuhan jadikan kehidupan kita penuh warna - warni. Ada manusia kuat dan lemah. Ada yang pintar dan kurang pintar. Namun mereka semua unik. Berlapang dada dan menerima seadanya bukan bermaksud kita terima kelemahan orang tersebut, namun kita tidaklah tekanan sangat bila berhadapan dengan golongan - golongan unik ini.
Jangan ikut rentak mereka. Bila kita yang buat rentak. Biar kita jadi agen perubahan. Biar kita yang menguasai diri kita sendiri. Simpan dalam niat, semoga suatu hari nanti golongan terbabit akan berubah ke arah yang lebih baik! Allah boleh ubah, kita cuma mampu berusaha.
2. CARI HOBI & BUAT HOBI kita sepenuh jiwa. Selagi mana belum dilarang syarak, buatlah apa sahaja hobi. Semakin tinggi tekanan anda, maka semakin perlulah hobi! Cari hobi yang boleh sihatkan tubuh badan. Ada hasil dan bermanfaat untuk diri sendiri serta orang lain.
3. SEDEKAH. Beri dan berilah apa sahaja hatta memberikan senyuman. Senyuman itu sedekah. Jika nak lebih bahagia lagi, berikan ilmu, harta atau apa sahaja yang anda mampu. Berilah! kelak Allah membalas dengan segala macam rezeki tanpa kita sedari!
Tuan puan yang saya kasihi,
Menerima berita rakan sebaya umur 38 tahun dimasukkan ke hospital, melakukan pembedahan di kepala akibat pendarahan, rakan meninggal disebabkan sakit jantung di usia muda adalah suatu yang amat mendukacita kan.
Ya. Tekanan hidup makin tinggi. Masalah datang daripada pelbagai penjuru.
BUKAN MASALAH ITU YANG PENTING, yang penting adalah, bagaimana cara kita mengendalikan masalah tersebut!
Selamat mencuba!
SENYUMLAH SELALU!