- Suatu hari, anakku bertanya, "kenapa ayah suka kerja kilang?"
- Pertanyaan itu seumpama mind blowing in the morning of the day. Aku terdiam mencari jawapan paling sesuai. Sampai ke saat ini aku masih tidak menjawab persoalan itu.
- Sebenarnya aku telah berkira - kira untuk menjawabnya dengan panjang lebar melalui tulisan ini.
- Aku berusia 40 tahun sekarang. Sejak tamat belajar pada tahun 2003 dan terus bekerja di kilang hingga kini. Seingat aku, cuma sebulan aku tidak bekerja. Perjalanan kerjaya daripada tahun 2003 hingga 2019 seumpama bangun dari tidur. Sekejap sahaja masa berlalu pergi. Namun 1001 cerita, pengalaman pahit manis telah aku tempuhi.
- Hampir 17 tahun lamanya aku telah bekerja sebagai jurutera kilang.
- Kilang buat spare parts kereta
- Kilang buat plate, cladding, flatbar
- Kilang kayu, jual aircond
- Kilang buat cd, dvd, disk video tape
- Kilang sawit 1
- Kilang sawit 2
- Kilang sawit 3
- Kilang sawit 4
- Kilang sawit 5
- Kilang solvent, penapis
- Kilang solvent, penapis
- Bermula di Pulau Pinang, Kota Bharu, Seberang Jaya, Lahad Datu, Miri, Sandakan, Lahad Datu, Nilai. Dari Semenanjung ke bumi Borneo dan kembali semula ke bumi Semenanjung.
- Soalannya, kenapa saya minat kerja kilang?
- Sebenarnya ia bukan soal minat. Tapi lebih kepada rezeki saya buat masa ini Allah telah takdirkan berada di sini. Jika ada peluang yang lebih baik, sudah tentu saya akan memilihnya.
- Namun, sejak mula menjejak kaki ke kilang pada hari pertama kerja hingga kini, tiada istilah dalam diri buat kerja cukup sekadarnya. Saya akan cuba melakukan yang terbaik setiap kali dipertanggungjawabkan dengan bidang tugas yang diberikan.
- Minat adalah salah satu perkara yang saya mesti bina. Jika pun tiada minat, maka ia mesti diciptakan. Sehingga ke satu tempoh, bila minat saya sudah hilang, maka saya akan beralih arah.
- Kerja sebagai jurutera kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Kerjaya ini bukan sahaja 3D (Dirty, Difficult and Dangerous), malah ia juga ada 1001 cabaran lain.
- Walau bagaimanapun, kerjaya jurutera amat sesuai dengan jiwa dan raga saya. Mungkin itulah sebabnya Allah telah pilih jalan ini untuk saya.
- Jika kita mengalihkan duri di jalanya, kita akan beroleh pahala kerana mengelakkan manusia lain daripada terkena bahaya duri tersebut.
- Seorang jurutera di tempat kerja bukan sahaja menghilang duri, malah mampu untuk menyelamatkan nyawa, jiwa dan raga seorang individu hingga berpuluh ribu manusia lain.
- Jika sebuah mesin dicipta, ia mampu untuk memudahkan kerja manusia selamanya.
- Jika satu prosedur dilaksanakan, ia mampu mengelakkan kemalangan daripada terus berlaku.
- Kelajuan, kemudahan, keselesaan dan peningkatan kualiti kehidupan manusia tidak akan terhasil tanpa teknologi. Jurutera lah yang mengurus, mencipta dan meningkatkan teknologi tersebut.
- Sebaliknya juga jurutera dengan pengentahuan yang ada mampu menghasilkan keburukan dan kemusnahan jika tiada nilai integriti dan amanah dalam jiwa.
- Apabila tamat belajar, saya telah mendaftar sebagai ahli BEM sebagai persediaan untuk prosedur jurutera professional. Salah satu sebabnya adalah kerana jumlah jurutera muslim di negara masih kurang di dalam negara.
- Kerjaya sebagai jurutera memerlukan pengorbanan berpanjangan. Tanpa niat dan minat yang kuat, tidak semua mampu untuk menggalas bidang tugas ini.
- Namun, jika niat yang betul sudah ada tertanam dalam jiwa dan raga, insya Allah, segala urusan kita akan dipermudahkan oleh Allah.
- Untuk menjadi seorang jurutera yang mampu menghadapi cabaran di zaman ini, anda perlu :-
- Minat belajar tanpa henti
- Minat kepada mesin
- Minat kepada penyelesaian masalah
- Seorang yang jujur, benar dan amanah
- Akhirnya, saya sebenarnya nak jadi petani. Bukan nak jadi jurutera. Saya masih fikir kenapa Allah bagi saya jalan ini. Masih mencari hikmah di sebaliknya. Namun, saya redha dan bersyukur kepada Allah dengan segala rezeki yang Allah kurniakan.
- Bab tema blog ini, ia sebuah pengembaraan. Saya akan terus berjalan dari destinasi ke destinasi. Berhenti rehat sejenak sebelum meneruskan kembali kembara.
- Semoga kita semua sampai ke destinasi akhir dengan jayanya iaitu di syurga.
Friday, 26 July 2019
Aku Seorang Jurutera Kilang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalam tuan,
ReplyDeleteBagaimana cara untuk menghubungi tuan?
Saya ada beberapa perkara untuk berbincang dengan tuan berkenaan dengan IPD.
Sekian, terima kasih
boleh email kepada saya : zul1431@yahoo.com
Delete