Tuesday, 17 September 2019

Senyuman Guru Biologiku


  1. Nik Zainun Abu Bakar, itulah nama guru Biologi aku di MRSM Kuala Terengganu 1995 - 1996.
  2. Setiap kali jumpa beliau, aku pasti akan mengingati wajah beliau yang sentiasa tersenyum. 
  3. Sepanjang mengenali beliau, aku tidak pernah ada memori melihat wajah beliau tanpa kehadiran senyumannya. 
  4. Aku amat meminati Biologi. Salah satu sebabnya adalah kerana pendekatan yang beliau lakukan apabila berhadapan dengan setiap pelajar.
  5. Walaupun aku bukanlah pelajar cemerlang dalam kelas beliau, pendekatan pengajaran beliau amat menarik minat aku terhadap Biologi.
  6. Setelah hampir 23 tahun meninggalkan bangku sekolah, aku boleh simpulkan dalam menghadapi cabaran kehidupan harian, bukan mudah untuk mengekalkan senyuman di wajah kita.
  7. Pastinya perlukan ketabahan, kecekalan dan melatih diri erti kasih - sayang serta minat terhadap pekerjaan yang amat tinggi.
  8. Hanya insan yang hebat sahaja mampu melakukannya.
  9. Guruku, maka, engkau adalah insan paling hebat yang pernah aku temui.
  10. Cikgu Nik Zainun adalah satu - satu guru yang aku tidak pernah terputus hubungan hingga kini.
  11. Setiap kali pulang ke kampung, pastinya aku akan ziarah beliau.
  12. Ya, setiap kali bertemu, wajahnya yang mesra dan murah dengan senyuman pasti akan membuatkan diri aku kagum dengannya.
  13. Setelah tamat belajar di MRSM, aku cuba untuk menjadi doktor. Gara - gara kerana minat yang amat terhadap Biologi.
  14. Namun apakan daya, bukan rezeki, aku menjadi jurutera.
  15. Cabaran kerjaya sebagai jurutera amatlah tinggi. Kekadang boleh buatkan diri jadi stress dan depress.
  16. Tiap kali stress dan depress, aku cuba untuk tersenyum.
  17. Walaupun dalam jiwa penuh pergolakan dan tekanan, menghadirkan senyuman di wajah mampu menghilang apa jua tekanan dalam diri.
  18. Mengingati senyuman guruku itu mampu membawa aku lebih tabah dan cekal menghadapi cabaran dan dugaan kehidupan.
  19. Jika ditanya kepadaku, apa perkara yang paling diingati diajar oleh guru Biologi ku ini kepada aku, akan ku katakan, dia mengajar aku untuk bersenyum.
  20. Senyum setiap waktu. Senyum setiap ketika.
  21. Benarnya sabda Rasulullah SAW, bersedekahlah, hatta sekadar senyuman.
  22. Terima kasih guruku. Kerana senyumanmu, aku mampu jua membuatkan orang tersenyum.
  23. Aku doakan dirimu setiasa diberkati dan dirahmati Allah dunia akhirat.
Senyum, dan dunia akan senyum bersamamu.

Sunday, 15 September 2019

Memberi

Potensi diri kita sebagai manusia mula meningkat naik bila mana kita mula menyumbang.

Menyumbang
1. Ilmu (ajar)
2. Harta (sedekah)
3. Tenaga - tubuh badan (bantu ringankan orang lain)
4. Doa (kasih sayang pada orang lain)

Jika kita tidak menyumbang, maka kita akan mula rasa kekosongan dalam diri dan jiwa.
Walaupun tika itu kita
Kaya
Berilmu
Kuat

Tapi kekosongan tetap mencekam jiwa.

Ilmu ada banyak, tapi makin banyak juga yang lupa dan tak bermanfaat.

Badan kuat, tapi makin lemah keran asyik tidur makan dan minum sahaja.

Harta banyak tapi tak dapat beli kegembiraan dan kebahagiaan.

Maka, mulalah memberi apa jua yang kita ada.
Ada ilmu, kita sebarkan.
Ada harta, kita infak, sedekah dan berzakat.
Tubuh badan kuat, kita bantu ramai orang.

Ya, berilah. Berilah, maka insya Allah, kita akan jadi lebih hebat. Sebab Allah telah memberi jaminan.