Thursday, 30 December 2021

Kembara Insan 2009 - 2021 (12 Tahun)

 

Terima kasih kepada follow blog ini seramai 43 orang. Tidak semua nama ada di sini, jutaan atas sokongan. 






Senang tak jadi JURUTERA?


  1. Alif bertanya, Ayah senang tak jadi jurutera?
  2. Seperti biasa, bila soalan begini diajukan kepada aku, ia menyebabkan aku berfikir panjang. Jawapan yang ada sudah tentunya bukan jawapan pendek, tetapi jawapan panjang. 
  3. Jenis over thinking. Kepala penuh uban berfikir.
  4. Baik, apakah jawapan aku?
  5. Jadi jurutera tidak senang. Ia amat susah.
  6. Nak pilih kursus kejuruteraan susah.
  7. Belajar kursus kejuruteraan di universiti susah. Lebih lagi kursus kejuruteraan mekanik.
  8. Selepas belajar, masuk kerja dengan tiada pengalaman pun susah. Lebih susah kalau nak cari kerja di sebelah rumah.
  9. Bekerja sebagai jurutera berhadapan dengan mesin dan jentera dalam kilang juga susah. Sangat susah bila mesin rosak. Kilang tak boleh beroperasi.
  10. Suasana kerja semasa nak baiki mesin juga susah. Bukan setakat susah, tapi 3D. Dangerous. Dirty. Difficult.
  11. Dah jadi jurutera, nak meneruskan kerjaya dalam syarikat pun susah. Sebab sebagai jurutera, kita akan bagaitau semua baik dan buruk bergantung kepada data. Jika tak boleh, kita cakap tak boleh. tiada antara dua. Jurutera tak pandai nak berpolitik dalam tempat kerja.
  12. Kesimpulannya, nak jadi jurutera susah, dah jadi jurutera pun tetap juga susah.
  13. Soalannya, adakah perkara dalam dunia ini senang?
  14. Tak susah nak susah, tak senang nak senang.
  15. If you love what you do, you will never work a day.
  16. Susah atau senang, ia bergantung kepada diri masing - masing. Lihat apa minat kita dan apa matlamat hidup kita.
  17. Jika ditanya kepada seorang doktor, ahli perniagaan, tentera mahu pun seorang petani, sudah tentu mereka akan menjawab perkara yang sama, tak senang dalam kerjaya mereka,
  18. Hari ini para doktor berjuang untuk mendapatkan status kerja tetap kerana kekangan yang ada.
  19. Para guru juga berdepan dengan pelbagai karenah pelajar dan sistem pendidikan yang sentiasa berubah. Ada yang ditugaskan jauh di pendalaman demi anak bangsa.
  20. Ahli perniagaan juga susah memikirkan survival perniagaan mereka di zaman COVID 19 dan persaingan perniagaan yang agak mencabar.
  21. Namun, jika kita suka dan minat mendalam apa yang kita lakukan, semuanya akan senang. Para sukarelawan ramai membantu mangsa banjir di seluruh negara tanpa ada sebarang upahan. Mereka lakukannya kerana mereka suka membantu orang kesusahan.
  22. Para guru sanggup berkorban masa dan tenaga demi mendidik anak bangsa kerana mereka suka dan minat melihat anak bangsa menjadi seseorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
  23. Jurutera di seluruh negara dan dunia gembira dalam kerjaya mereka kerana usaha meraka akan banyak membantu memudahkan kehidupan manusia. Tenaaga elektrik, jalanraya, makanan, kenderaan dan pelbagai teknologi dihasilkan oleh jurutera demi untuk kemudahan manusia.
  24. Jadilah apa jua dalam kehidupan kita, yang penting niat kerana Allah. Niat untuk ibadat dan pahala di Akhirat. Kerana itulah yang diajar oleh Nabi kita dan agama kita. Demi untuk mencapai kebahagian di dunia dan di akhirat.
Selamat menyambut tahun baru 2022.
Kg. Tebing Tinggi, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.


Tuesday, 21 September 2021

Hiduplah Untuk Hari Ini karya Muhammad Al-Ghazali




pepatah berbunyi "Ada dua jenis manusia; orang yang tidur dalam cahaya dan orang yang bangun dalam kegelapan."

penulis berkata tujuannya menulis buku ini dengan kata - kata berbunyi, 
"Begitulah keadaan orang cerdas,
cerdik tangkas dan ucapa yang pedas,
selamanya mereka lantunkan kebenaran,
perkataan mereka tidak buat kagum orang yang sesat,
tetapi disukai dan dihargai orang - orang yang hebat."


perbaharui hidup kita dan jangan bertangguh 

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh Allah membentangkan tanganNya pada malam hari agar pelaku keburukan pada siang hari dapat memohon ampunan kepadaNya dan membentangkan tanganNya pada siang hari agar pelaku keburukan pada malam hari dapat memanjatkan taubat kepadaNya."(Riwayat Muslim).

Jangan bertangguh untuk mengubah hidup ke arah lebih baik. 
Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang menyesal, menanti rahmat Allah. sedangkan orang yang membanggakan diri, menanti murka Allah. 
ketahuilah, wahai hamba Allah, sentiasa orang yang beramal akan dipertanggungjawabkan atas amalnya dan tidak akan keluar meninggalkan dunia sebelum melihat kebaikan dan keburukan amalnya.
amal perbuatan itu berakhir pada pengakhirannya. 
siang dan malam bagaikan dua kenderaan. Maka tungganillah baik - baik keduanya menuju akhirat. Jangan pernah menunda - nunda, kerana kematian boleh datang bila - bila masa sahaja.
Jangan pula terlena oleh kelembutan Allah, kerana syurga dan neraka lebih dekat antara salah sorang dalam kalangan kalian daripada tali sandalnya sendiri.

Seterusnya Rasulullah SAW membacakan firman Allah SWT berbunyi :
"Maka barang siapa beramal kebaikan seberat biji sawi nescaya dia akan melihatnya dan barang siapa beramal keburukan seberat biji sawi nescaya dia juga akan melihatnya."
(Surah Az-Zalzalah:7-8)

Fikiran dan emosi manusia yang tidak terkawal juga boleh membawa manusia kepada kehancuran. Firman Allah SWT berbunyi, 

"...hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, yang yang menuruti keinginan dan keadaannya sudah melampaui batas (furuth)."(Surah al-Kahfi:28)

perbaharui hidup dengan taubat

Hadis 



Dr. Osler menganjurkan mahasiswa Yale Unversity untuk memulakan hari mereka dengan doa yang diajarkan oleh agama Kristian berbunyi:
"Berilah kami rezeki (makanan) yang mencukupi pada hari ini"
Doa ini tidak menyebut/mengeluh perkara yang telah berlaku dan tidak juga pada perkara yang belum lagi berlaku.

Rasulullah SAW bersabda 
"Barang siapa memasuki pagi harinya dengan perasaan aman di rumahnya, sihat badannya dan memiliki makanan untuk hari itu maka seolah - olah dunia dan seisinya telah menjadi miliknya."
(Riwayat at-Tirmidzi).

Sikap para Nabi apabila memulakan pagi

Doa Nabi Ibrahim AS 


Kesimpulan
1. Melakan hari dengan taubat.
2. Jangan bertangguh untuk melakukan kebaikan dan perubahan hidup yang lebih baik.
3. Fokus kepada kehidupan harian- bangun pagi dalam keadaan aman, sihat badan dan mempunyai makanan-nikmat terbesar dalam hidup.
4. Sentiasa berdoa untuk mendapat hidayah dan taufek melakukan ketaatan kepada Allah, akhiri hari dengan memohon keampunan dan keredhaan Allah.