Wednesday, 29 January 2025

Ijazah kejuruteraan mekanik & jurutera stim

Apa kelebihan seorang graduan ijazah kejuruteraan mekanik dalam menduduki lesen jurutera stim?

Setelah permohon dilakukan kepada pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan diluluskan oleh Panel Pemeriksa, seorang graduan kejuruteraan mekanik hanya perlu menduduki peperiksaan oral atau termuduga sahaja.

Berbanding dengan ijazah kejuruteraan lain seperti kimia, elektrik dan elektronik, graduan ini perlu menduduki peperiksaan paper Engineering Knowledge, Thermodynamic dan Engineering Mathematic.

Sebelum OSHA 2022 diwartakan, graduan diploma kejuruteraan mekanik dengan pengalaman kerja di boiler yang mencukupi, boleh mengambil lesen jurutera stim setelah diluluskan oleh panel pemeriksa. Namun setelah OSHA 2022 diwartakan, graduan diploma tidak boleh lagi mengambil lesen jurutera stim.

No comments:

Post a Comment