Ramai orang suka mendengar cerita. Terdapat pelbagai jenis cerita. Ada cerita nasihat, ada cerita fitnah. Ramai penglipur lara yang bersilih ganti ibarat masa yang berlalu.
Di dalam Al Quran juga terdapat banyak cerita sebagai pengajaran serta panduan buat umat manusia menongkah kehidupan. Terdapat cerita zaman firaun, cerita apa yang berlaku sekarang dan juga cerita di Akhirat nanti.
Pelbagai bangsa di dunia mempunyai khazanah cerita tersendiri. Ada yang mitos dan ada yang sejarah. Cerita itu direka kekadang mempunyai inti nasihat serta pengajaran. Tidak kurang juga cerita untuk menguatkan kekuasaan para pemimpin.
Hari ini terdapat pelbagai jenis cerita disampaikan. Ada yang disampaikan melalui tulisan, filem, radio, blog dan juga suratkhabar. Pendek kata, kita sebagai manusia tidak kira kecil atau dewasa akan cenderung untuk tertarik jika mendengar cerita.
Menulis adalah satu bakat yang dianugerahkan kepada individu bertuah. Bukan semua orang boleh menjadi penulis. Namun, menulislah dengan penuh rasa tangunggjawab, beriman kepada Allah serta bertujuan untuk mewujudkan satu suasana positif menuju ke arah kebaikan. Bukan menabur fitnah serta melaga - lagakan sesama manusia.
No comments:
Post a Comment