Tuesday, 3 May 2011

Prosedur Kerja Selamat Ruang Terkurung dan Realiti di Kilang Sawit Malaysia

  1. Saya tidak akan menerangkan dengan lebih lanjut berkenaan prosedur ruang terkurung kerana kerana semuanya telah lengkap dalam panduan yang dikeluarkan oleh JKKP. Pekara yang akan saya kemukakan adalah kekurangan dan tindakan yang boleh diambil oleh semua kilang sawit di Malaysia.
  2. Prosedur Ruang Terkurung telah lama dikeluarkan oleh JKKP, namun perkara ini menjadi hangat apabila berlaku kematian melibatkan ruang terkurung pada tahun 2009 di Sabah.
  3. JKKP dan juga NIOSH sejak itu telah bergiat aktif dalam penguatkuasaan dan latihan AESP dan AGT bagi memenuhi panduan yang dikeluarkan.
  4. Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya berikut adalah kekurangan yang terdapat di kilang sawit yang menghadkan mereka untuk mematuhi panduan tersebut :

a. Tiada alat yang diperlukan seperti Gas Detector dan Breathing Apparatus
b. Tiada orang yang kompetan seperti AESP dan AGT
c. Budget yang tidak mencukupi serta sikap pengurusan yang masih suka mencari alasan berbanding komitmen mematahui peraturan keselamatan.

5. Lain - lain peralatan seperti Ventilation fan dan sebagainya telah sedia ada di kilang sawit.
6. Untuk mengatasi masalah di atas, saya cadangkan tindakan berikut diambil :

a. Laksanakan program ruang terkurung yang mengariskan pembeliaan alatan mengikut tahunan. Sebagai contoh, tahun pertama (latihan AESP), ke-2 (latihan AGT dan pembelian Gas Detector), ke-3 (latihan ulangan AESP dan pembelian BA).
b. Menjelaskan dengan lebih lanjut kepada Pegawai Keselamatan syarikat mengenai kepentingan mematuhi serta membekalkan peralatan yang sesuai dengan risiko yang ada.

7. Berikut adalah contoh ruang terkurung yang terdapat di kilang sawit :

a. boiler -stim drum/ lower drum / furnace
b. back pressure receiver
c. softener
d. kernel silo
e. kernel bunker
f. daerator
g. steriliser
h. vacuum daerator
i. carbon filter
j. sand filter

8. Kebanyakkan unit di atas terlibat dalam pemeriksaan tahunan JKKP. Sudah pasti kerja - kerja mencuci dan membaiki dilakukan dalam ruang terkurung tersebut.

9. Hazard atau bahaya ruang terkurung di kilang sawit seperti berikut :-

a. stim
b. air panas
c. minyak / sludge
d. habuk
e. kekurangan udara
f. kernel atau bahan mudah terbakar
g. gas mudah terbakar serta berbahaya untuk manusia
h. renjatan elektrik

10. Seperti yang disebut diawal artikel ini, hanya dua perkara yang perlu ada bagi memenuhi keperluan ruang terkurung iaitu alat (gas detector, BA) dan orang kompetan (AESP/AGT).

Ke arah tempat kerja yang lebih selamat. Selamat bekerja dengan selamat.

No comments:

Post a Comment