Sunday, 8 May 2011

Bengkel di Belakang Rumah




  1. Semasa alam kanak - kanak dan remaja, saya cukup meminati drama keluarga Home Improvement. Saya tidak ingat jalan ceritanya, tetapi saya cukup berminat dengan segala jenis peralatan yang ada di garaj serta bengkel rumah tersebut.
  2. Cerita itu cukup memberi kesan pada saya dan saya mula meminati pertukangan tangan.
  3. Pelbagai jenis peralatan mula saya kumpul. Dengan kemampuan yang ada disebabkan peralatan selalunya harga mahal, peralatan asas seperti toolbox, tukul, gergaji, pahat dsb disimpan di rumah.
  4. Saya menyimpan niat, suatu masa jika saya mempunyai rumah, akan saya bina sebuah bengkel di belakang rumah. Rekabentuk rumah di barat cukup membuatkan saya tertarik. Kebanyakkan rumah mempunyai bengkel atau garaj untuk disimpan pelbagai jenis peralatan.
  5. Antara kriteria yang saya letak adalah peralatan yang cukup untuk membaiki rumah dan membuat pelbagai jenis perabut untuk rumah.
  6. Walaupun tidak mendapat pendidikan formal seni pertukangan tangan, minat saya yang mendalam dicurahkan dengan membina rak buku, meja, kerusi dan juga menbina tapak asas kedai runcit ibu saya sekarang. Sebarang tempat sembihan ayam dibina, saya menjadi pembantu kepada tukang kayu untuk membina bangunan kayu tersebut. Saya juga pernah berkerja sebagai buruh kasar perumahan di hadapan rumah saya di kampung.
  7. Semasa merantau ke mana jua pelusuk Malaysia, mata saya sudah tentu akan tertarik dengan rekabentuk pertukangan senibina bangunan, memerhati tukang kayu membina struktur rumah serta pelbagai idea untuk membina rumah serta perabut.
  8. Saya juga pernah menyimpan impian untuk memyimpan koleksi ganbar serta rekabentuk setiap perkara menarik yang saya temui. Suatu masa seni tersebut akan saya bina.
  9. Takdir menentukan, saya menceburi kerjaya jurutera. Namun, niat dan impian saya masih tidak kesampaian.
  10. Tahun 2011, saya membeli rumah kedua di Miri. Selama berpuluh tahun saya menyimpan impian tersebut, kini saya telah memulakan langkah untuk impian, minat serta cita - cita saya dilaksanakan.
  11. Walaupun ruang belakang rumah tidak sebesar mana, namun sekurang - kurangnya saya boleh melakukan sesuatu di hujung minggu.
  12. Menghabiskan masa di bengkel di belakang rumah.

No comments:

Post a Comment