Monday, 30 May 2011

Khalifah di muka bumiNya

Allah menjadikan kita hidup di dunia dengan penuh tujuan dan matlamat.

Bukan sekadar sia - sia dan untuk berhibur semata - mata.

Terus, semuanya akan diperhitungkan hatta sebesar biji sawi dosa dan pahala.

Tidaklah adil jika kita mengatakan, aku punya hal, aku punya suka dan apa saja aku lakukan, ikut suka hati aku.

kerana,

kita tiada pilihan.

Sebab kita HAMBA.

Sebagai hamba pada Yang Esa,

kita selayaknya mengikut sahaja arahan Tuan kita.

Bolehkah seorang hamba mengatakan

"ikut suka hati aku nak buat apa di rumah Tuanku"..

jika Tuan terdengar, sudah pasti akan dihalaunya kita dari rumah.

Ironinya,

di mana kita akan mahu pergi jika Allah menghalau kita di bumiNya? Kerana kita hanyalah hamba, yang kerdil dan tidak punya apa - apa.

Belajarlah, fahamilah dan jadilah hamba yang bersyukur. Hamba yang bertaraf khalifah.

Hamba yang paling dicintai Allah. Iaitu, hamba yang menjalankan tugasnya sebagai khalifah yang memakmurkan bumi.

No comments:

Post a Comment