Monday 2 April 2012

Kisah Pokok Pisang dan RSPO

Masuk hari kedua Awang bertugas di kilang sawit batu 19, Sandakan, terdengar cerita pokok pisang di perumahan pekerja dan staff kilang serta ladang.

Ya, kawan. Pekerja bersama staff kilang tinggal dalam kawasan perumahan yang sama. Disebabkan bakal menjalani audit RSPO, semua pokok - pokok pisang yang di tanam di kawasan perumahan ditebang oleh pihak ladang.

Alasan cuma satu, RSPO!

Mendengar penjelasan daripada pembantu rumah pengurus yang sudah bekerja di bawah tiga pengurus sebelum Awang, menambahkan perasaan gelak ketawa hatinya. Tidak kurang juga perasaan ragu - ragu di atas penjelasan pekerjanya itu.

Ya, kawan. Ini kali pertama Awang mendengar alasan pokok pisang ditebang disebabkan kilang bakal menjalani audit RSPO!

Tambah pelik lagi, kenapa pokok pisang yang menjadi mangsa? 

Kenapa tidak pokok mangga yang besar banyak juga tidak ditebang.
Kenapa tidak pokok kelapa yang ada berjumlah lebih berpuluh - puluh tidak juga diusik.
Kenapa pula pokok hutan yang meninggi dalam ladang disebabkan tidak dibersihkan oleh pihak ladang tidak pula ditebang.
Kenapa pula pokok kayu jati di belakang rumah pengurus ladang tersebut tidak juga ditebang?!!

Awang mengajukan lagi kehairanannya kepada staff - staff yang lain, almaklumlah, dia sebagai orang baru perlu menyiasat dengan terperinci segala maklumat baru serta pelik yang diterimanya,

Cerita berkenaan menjadi lebih menarik bila mana staff lain turut menambah, ada yang menangis melihat pokok - pokok pisang mereka yang sudah ditanam sejak berpuluh tahun ditebang kerana RSPO!

No comments:

Post a Comment