Toastmasters International Club
Stand up and speaks up!
Together we grow
Where leaders are made
We learn by doing
.....
Nak tau pasal TMI, google, wiki akan jumpa segala maklumat diperlukan. Namun, untuk post ini aku cuma akan kongsi pandangan aku terhadap manfaat yang aku perolehi setelah menyertai kelab ini sejak April 2013. Lapan bula berikutnya, aku menyelesaikan Modul Asas yang pertama dan mendapat gelaran CC atau Competent Communicator.
Berdasarkan pengalaman modul pertama dan menyertai dua kelab iaitu TMC English Sandakan dan juga TMC Pidato Sandakan, bergaul dengan semua ahli, belajar dan membina diri setelah menamatkan 10 kertas kerja.
Ini pandangan aku.
1. Kelab ini mencapai setiap matlamat yang ingin dicapai dalam setiap modul iaitu membina keyakinan diri yang lebih mantap apabila membuat ucapan di khalayak umum.
2. Melatih menjadi pemimpin berkaliber.
3. Membina nilai diri yang lebih positif dan ke arah lebih baik.
4. Melatih menjadi pendengar yang baik.
5. Melatih diri membuat penilaian yang positif.
6. Medium sosial kepada ahli yang berlainan latar belakang.
7. Belajar bahasa english atau melayu.
8. Fokus.
9. Membina matlamat dalam jangkamasa tertentu.
10. Membina budaya hormat menghormati sesama ahli pelbagai kaum agama latar politik dan asal usul.
Terima kasih kepada semua ahli kelab Toastmasters di atas perkongsian dan tunjuk ajar selama menjadi ahli!
Terima kasih dan tahniah semua kerana menyertai kelab Toastmasters!
It is long-life learning journey!
No comments:
Post a Comment