Jawapan kepada Tuan Salman. Soalan beliau, apakah faktor faktor bahan bakar di kilang sawit tak cukup?
Jawapan.
Ini pendapat peribadi saya. Saya pernah memjaga kilang sawit berkapasiti berikut
Throughput dan kapasiti boiler
150 mt/hr dan boiler 45mt/hr
90 mt/hr dan boiler 35 mt/hr
45 mt/hr dan boiler 27 mt/hr
40 mt/hr dan boiler 35 mt/hr
Sekarang 50 mt/hr dan boiler 27 mt/hr.
Sehubungan dengan itu, jawapan saya adalah berdasarkan pengalaman di semua kilang kilang tersebut dan ini kesimpulan yang saya telah buat.
Saya bahagikan faktor ini kepada dua iaitu faktor boleh kawal dan faktor tak boleh kawal.
1. Faktor tak boleh kawal.
Kenapa saya cakap tak boleh kawal? Sebab kita sebagai pemandu kilang sedia ada dan tak banyak perubahan yang boleh kita lakukan dalam waktu terdekat. Melainkan kita boleh ubah faktor tersebut, maka faktor itu bertukar menjadi faktor boleh kawal.
1.1 Rated throughput kilang
Jika kilang berkapasiti lebih >45 mt/hr, kilang ini akan mempunyai lebih banyak bahan bakar extra. Bermaksud, boiler akan menggunakan kurang bahan bakar walaupun memproses kapasiti buah yang sama. Kenapa ini terjadi? Jawapan sangat mudah. Kilang berkapasiti besar memproses dengan masa kurang berbanding kilang berkapasiti rendah.
Kilang berkapasiti 50 tph memproses buah sawit 500 mt dalam masa 10 jam sahaja, namun, kilang 45 tph memerlukan masa selama 11.11 jam iaitu1.11 jam lebih dari kilang 50 tph. Maka, lebih banyak bahan bakar diperlukan.
Ini juga membawa kesimpulan kenapa banyak syarikat sekarang membina kilang paling kecil dengan kapasiti 45 tph.
Sebenarnya, jika kilang kecil tph dibina, ia akan memberikan banyak kekurangan pada masa hadapan, antaranya adalah akan mempunyai masalah kekurangan bahan bakar.
Mengikut pengalaman saya, jika kilang dibawah 45 tph, ia memerlukan ffb sekurang kurangnya 300 mt sehari untuk memastikan kestabilan bahan bakar dalam jangkamasa yang panjang. Namun, jika kurang, maka kilang ini akan mempunyai masalah kekurangan bahan bakar. Tak kisah apa jenis boiler dan turbin digunakan.
Ini juga bermaksud, jika kilang 45 tph memproses lebih 300 mt ffb setiap hari,maka barulah kilang ini mempunyai bahan bakar dan extra akan stabil untuk jangkamasa panjang.
Kilang tph 50 ke atas tidak mempunyai masalah ini kerana mereka sentiasa ada lebih bahan bakar!
1.2 Model turbin
Ada turbin rated steam flowrate yang diperlukan mencapai 22-23 mt/hr.
Ada turbin serendah 10-11 mt/hr. Maka, pemilihan turbin dan modelnya sangatlah penting.
Antara ciri ciri turbin yang rendah penggunaan stim mempunyai automatik onlet steam flow yang mana mengawal kemasukan stim. Valve ini mampu menjimatkan stim yang sangat banyak.
1.3 Jumlah ffb yg diterima dari ladang
Seperti point 1.1, jumlah kemasukan ffb amat penting untuk kilang. Tanpa buah sawit yang mencukupi, kilang tidak dapat memproses dengan kapasiti yang sebenar. Memang ada dijalankan feasibility study sebelum sebuah kilang sawit dibina, namun ia bukan penentu kepada apa yang sebenarnya akan berlaku pada masa depan. Banyak faktor luar jangka berlaku.
Antara faktor tersebut seperti masalah kekurangan buah sawit disebabkan yeild rendah, ladang luar menjual kepada pembeli yang menawarkan harga lebih mahal, kilang baru dibina, prestasi kilang sendiri dan hubungan pengurusan kilang dengan pihak ladang.
Kilang 45 tph memerlukan buah sawit minimum 300 mt sehari untuk memproses dan ada bahan bakar extra. Extra bermaksud, ada lebihan bahan bakar untuk disimpan dan digunakan esok hari serta waktu waktu kecemasan lain. Jika tiada extra, maka kemungkinan besar kilang akan mempunyai masalah bahan bakar.
Bagi kilang 50 tph ke atas, masalah ini tidak berlaku kerana mempunyai lebih banyak bahan bakar extra.
2. Faktor boleh kawal
Faktor boleh kawal bermaksud ia berapa di bawah kawalan pengurusan kilang.
2.1 Breakdown / banyak downtime
Kilang yang lancar tanpa sebarang brekadown adalah kilang yang terbaik. Breakdown di tengah jalan akan mebawa banyak keburukan. Antaranya uncountable losses, kos pekerja, risiko keselamatan dan juga kerugian disebabkan kerosakan yang lebih besar. Selain dari itu, kilang juga rugi dari sudut penggunaan bahan bakar. Ya, bahan bakar yang lebih banyak diperlukan jika kilang selalu breakdown. Lebih banyak untuk apa? Lebih banyak bahan bakar semasa memulakan operasi boiler dan turbin.
Untuk mengatasi masalah ini, tidak ada jalan lain melainkan program preventive maintaine mesti tip top.
2.2 Pembaziran stim dan haba
Banyak pembaziran berlaku. Pembaziran melalui kebocoran steam trap, steam line dan pipe, setting safety valve yang salah atau safety valve yang rosak, penggunaan stim dengan cara yang salah mengikut keperluan sepatutnya dan sistem pengurusan stim, air dan tenaga eletrik yang lemah.
Nampak stim bocor, tapi tiada tindakan diambil.
Aktiviti penambahbaikan untuk mengurangkan penggunaan tenaga air, stim dan haba perlu terus dijalankan pleh seorang jurutera stim bagi meningkatkan tahap kecekapan power plant dan penggunaan tenaga/kecekapan bahan bakar.
Jangan anggap air dan bahan bakar di kilang percuma..ia semua bernilai.
2.3 Prestasi turbin selepas lama beroperasi
Turbin merupakan jantung kilang sawit. Jantung mesti diperiksa dan dibaiki oleh pakar jantung dan bukan mekanik biasa yang perbaiki basikal.
Antara kesilapan biasa yang dilakukan oleh banyak pengurus kilang adalah mengambil kroni mereka untuk memperbaiki jantung kilang! Maka terjadilah banyak masalah di kemudian hari.
Antara masalah yang timbul adalah kerosakan sebenar tidak diperbaiki. Antara kerosakkan biasa berlaku adalah lubang nozzle turbine yang besar, governor valve yang tidak diservis dan juga turbine flywheel yang makin tipis.
Kerosakkan ini kadangkala tidak dapat diselesaikan oleh mekanik jalanan dan memerlukan khidmat pakar.
Untuk mengelak banyak masalah, sila rujuk pakar!
Apabila prestasi turbine menurun, maka lebih banyak bahan bakar diperlukan. Lebih teruk, diesel generator perlu digunakan untuk memproses buah sawit.
....
mau tnyak sikit tuan
ReplyDelete