Monday 10 February 2014

Kita mampu buat perubahan. Ayuh bermujahadah!

Ilmu boiler guna masa kerja.

Ilmu agama sampai ke akhirat.

Dunia akhirat dengan ilmu.

Di waktu masa, tenaga dan otak masih segar sekarang ini, terus timba ilmu. Insya Allah, kelak menjadi bekalan berguna.

Usahlah dibuang kpd perkara melalaikan. Borak kosong, jadi hamba tv dan facebook, serta apa jua amalan org yg rugi-memanfaatkan MASA. Harta paling bernilai buat manusia selagi hidup.

"Ya Tuhan! Kami tiada penghidupan sebenarnya kecuali penghidupan akhirat,
Maafkanlah kaum Muhajirin dan Ansar".

Rasulullah SAW bermadah semasa sedang menggali parit kubu khandak, semasa Perang al Ahzab.

Riwayat al Bukhari dari Sahl bin Saad

Ref
Sirah Rasulullah SAW oleh Al Raheeq Al Maktum, ms 423.
.................
Memang benarlah. Yahudi dan Nasrani tidak akan berpuas hati sehingga umat Islam sejengkal demi sejengkal meniru mengikut jejak langkah mereka.

Penjuangan mereka menyongsang kehidupan umat Islam sudah membuahkan hasil. 

Contoh?

Kita mengikut apa saja yg mereka katakan sebagai moden dan maju walaupun ia sebenarnya 180 degree bertentangan dengan Islam dan sunnah.

Kita tak rasa bersalah bila menghabiskan masa berjam jam di depan tv menonton wayang org mendedahkan aurat, adegen seks, ganas, berunsur syirik dan sebagainya.

Kita juga tak rasa berdosa bila melihat siaran lawak bodoh walhal ajaran agama tidak menggalakkan kita ketawa berlebihan.

Kita juga tidak rasa berdosa apabila melihat berita fitnah dan turut menjadi penyebar kpd fitnah.

Kita juga merasa, ketika ada org berkata, tv tidak baik dan astro melalaikan, kita tak setuju malah melabel orang tersebut sebagai kuno dan menolak kemajuan. Kenapa? kerana ia sudah sebati dan menjadi rutin hidup kita siang malam sejak kecil.

Akhirnya, jadilah kita umat bernama Islam pada nama dan ic. Namun kosong pada jati diri. Kosong dengan ilmu dan ibadat.

Kita dijauhkan dengan budaya ilmu. Kita diajar membenci ulamak. Label mereka sebagai kolot dan penghalang kemajuan.

Kita terus disibukkan dengan maharaja lawak, cerita artis, sesi nyayian serta slot tak aa faedah.

Budaya membaca menjadi asing kepada umat.
Makin ramai jahil terhadap ilmu fardhu ain.
Makin ramai tak faham jawi dan Al Quran.
Makin ramai lahir pemimpin yg mengeluarkan kenyataan pelik dan aneh, walhal mereka itu Islam.
...........
Ok. Mudah jer. Ayuh buat perubahan. Jika ada rasa dalam hidup kita hari ini tak betul, 

Bermujahadah dan berjihadlah utk ubah.

Jika tahu rasuah itu haram, jgn amal.
Jika tahu rokok itu haram, berhentilah.
Jika tahu riba itu haram, jgn ambil.
Jika tahu kita berada dalam kalangan mereka yg fasik, nasihatlah jika mampu, jika tidak, elaklah dari mereka.
Jika tahu ilmu agama kita kurang, makan belajarlah, masih belum terlambat.
Jika tahu kita sudah lama jauh terpesong dari highway Islam, maka kembalilah.

Kembalilah. 
Kembalilah, kerana setiap insan dan hati yang dicintai Allah, sentiasa sukakan kpd

Fitrah dan kebaikan. 

Semua manusia suka kepada kebaikan.


No comments:

Post a Comment