Sunday 23 February 2014

Sejarah Pendebungaan Serangga di dalam industri sawit di Malaysia

Oleh: ZM, Lahad Datu, Sabah. 23hb. Februari 2014

Jenis ucapan : Penceritaan dan Pemberitahuan/makluman

1. Pembukaan

1.1 Kelapa sawit mula ditanam di Malaysia pada awal tahun 1960, iaitu selepas negara mencapai kemerdekaan. Kelapa sawit berasal daripada Afrika Selatan. Antara sebab utama kelapa sawit ditanam di Malaysia kerana pemintaan yang tinggi terhadap minyak sawit untuk menghasilkan makanan. Selain daripada itu, kelapa sawit ditanam bagi menggantikan tanaman komersial lain yang mengalami kerugian seperti getah, teh, koko, tembakau dan kelapa.

2. Isi Kandungan
2.1 Masalah di awal penanaman ; Dalam masa 10 tahun pertama pokok sawit ditanam, saiz buah kelapa sawit lebih kecil berbanding buah kelapa sawit yang ditanam di negara asal Afrika Selatan. Pada waktu yang sama, pendebungan juga dilakukan secara manual oleh pekerja ladang. Aktiviti ini memerlukan jumlah pekerja yang ramai. Kos juga meningkat. Kejadian ini dialami oleh semua syarikat sawit Malaysia pada masa itu.

2.2 Lislie Davidson, Pengurus Besar Syarikat Unilevel yang mempunyai sebuah ladang sawit di Pamol, Sandakan, Sabah, pada masa itu melihat perkara ini sangat membimbangkan. Kerugian yang dialami oleh syarikat boleh membawa kepada risiko bahaya termasuk penutupan projek penanaman kelapa sawit itu. Beliau berbincang dengan rakan – rakan dalam industri yang sawit dan pihak syarikat bagi mengatasi masalah ini. Ditambah dengan pengalaman beliau yang pernah bekerja di Afrika Selatan, makluman balas daripada pihak industri, beliau mengesyorkan supaya kajian terhadap proses pendebungan serangga dijalankan di Afrika Selatan. Kajian tersebut mendapati serengga yang diberi nama “Weewil” memainkan peranan penting dalam proses pendebungan buah sawit. Pedebungan oleh serangga menghasilkan buah kelapa sawit bersaiz lebih besar dan tidak memerlukan pendebungan manual oleh manusia.

2.3 Atas sokongan pihak industri dan juga pihak Kerajaan Malaysia pada masa itu, serangga Weewil dibawa masuk ke Malaysia dan mula dilepaskan di Johor, Pahang dan juga Sabah. Selepas enam bulan Weevil dilepaskan, serangga ini membiak dengan sangat pantas, menjalankan operasi pendebungaan buah kelapa sawit dan ia mula memberikan kesan besar kepada sejarah industri sawit di Malaysia!

2.4 Kesan Besar Pendebungaan oleh Weewil ke atas Industri Kelapa Sawit ;

2.4.1 Tidak memerlukan jumlah pekerja yang ramai untuk melakukan pendebungan. Pekerja kurang, kos menurun, untung meningkat.

2.4.2 Pendebungan oleh serangga menghasilkan buah kelapa sawit bersaiz lebih besar berbanding sebelumnya. Buah besar, berat meningkat, untung bertambah.

2.4.3 Kilang sawit terpaksa mengubah cara memasak buah daripada menggunakan satu peak kepada 3 peak. Kilang sawit sedia ada juga tidak mampu memproses buah sawit yang sentiasa meningkat. Kilang sawit lebih banyak dibina. Memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.

2.4.4 Industri sawit yang menjana keuntungan lebih besar menarik ramai pelabur untuk melabur di Malaysia. Menjana ekonomi Negara. Lebih banyak syarikat baru muncul seperti IOI, KLK, Sime Darby dan Felda. Syarikat – syarikat terbabit juga mula menukar tanaman komersial yang tidak menjana keuntungan kepada pokok kelapa sawit.

2.4.5 Ekonomi penduduk setempat meningkat. Banyak Bandar baru muncul. Lebih banyak kawasan dan ladang sawit dibina di seluruh Negara. Malaysia menjadi pengeluar minyak sawit terbesar di dunia dari tahun 1980 hingga 2005 sebelum diambil alih oleh Indonesia.

3. Penutup
Sesungguhnya sejarah pendebungaan serangga di pokok kelapa sawit membuktikan kebesaran Allah dalam proses menghasilkan buah kelapa sawit yang besar.

Pedebungaan serangga ini merupakan sejarah yang amat penting dalam sejarah industri sawit di Malaysia. Serangga yang kecil ini telah membangunkan ekonomi negara kita. Menjana jutaan peluan pekerjaan. Memberi sumber rezeki kepada ramai rakyat miskin dalam dan luar negara. Serta menghasilkan sumber minyak sawit yang lebih murah kepada seluruh penduduk dunia.

Sekian, kembali semula kepada Pengerusi Majlis!

Masa : 5-7 minit


Artikel ini ditulis untuk Pertandingan Pidato Antarabangsa Kelab Toastmaster Sandakan pada 23hb. Februari 2014

No comments:

Post a Comment