Apa Yang Ada Jarang Disyukuri
Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan
Nikmat Yang Dikecap Baru Kan Terasa Bila Hilang
Apa Yang Diburu Timbul Rasa Jemu
Bila Sudah Di Dalam Genggaman
Dunia Ibarat Air Laut
Diminum Hanya Menambah Haus
Nafsu Bagaikan Fatamorgana
Di Padang Pasir
Panas Yang Membahang Disangka Air
Dunia Dan Nafsu Bagai Bayang-bayang
Dilihat Ada Ditangkap Hilang
Tuhan.. Leraikanlah Dunia
Yang Mendiam Di Dalam Hatiku
Kerana Di Situ Tidak Ku Mampu
Mengumpul Dua Cinta
Hanya CintaMu Ku Harap Tumbuh
Dibajai Bangkai Dunia Yang Kubunuh
......
Bersyukur dengan apa yang ada
Itulah kunci terbaik capai kebahagian.
Kita miskin pun mampu capai kebahagian kalau kita qanaah.
Kalau kita kaya tapi qanaah tiada, sampai bila pun kita tak akan bahagia.
Bila tiada rumah, kita nak rumah.
Bila ada rumah kecil, kita nak rumah besar. Bila ada rumah besar, kita nak rumah lain pulak.
Begitulah sampai akhir hayat nafsu kita akan terus meminta itu dan ini. Tak kan puas.
Namun Agama ajar kita supaya qanaah dalam apa jua keadaan.
Kita kaya miskin susah senang...semuanya mesti diteruskan.
Yang penting hati jiwa kita terdidik. Tanpa hati jiwa terdidik, ada harta segunung Kinabalu pun kita masih tak capai kebahagian.
Sejak kecil nasyid Antara Dua Cinta selalu saya hayati. Tak kala hati nak itu ini. Tak kala hati merasa tak pernah puas. Bila mana tengok harta dunia orang lain lebih dari kita.
Namun kita tak pernah melihat apa yang kita ada. Apa yang kita punya. Nikmat dan segala rezeki yang kita ada lebih dari orang lain.
Kita selalu bercerita apa yang belum kita ada. Hingga akhirnya sifat qanaah langsung tidak bersarang di jiwa kita.
Mungkin suatu masa nanti, bila semuanya hilang, baru kita akan faham.
Ya..suatu masa nanti akan hilang baru kita akan hayati apa yang kita ada.
No comments:
Post a Comment