Wednesday 31 May 2017

Din MSIEA

Din Msiea

1. Tolonglah dalam kebajikan. Nescaya ia membawa kebaikan dunia dan akhirat.
2. Din adalah senior saya di MRSM KT 94/95. Kami ditemukan semula pada tahun 2006 semasa menduduki peperiksaan Jurutera Stim Gred 2. Dua tiga malam sebelum peperiksaan, di Megah D'Haru Hotel sebelah bangunan Perkeso KK, kami akan buat study group bersama - sama Rosliezan Md Husain dan rakan - rakan yang lain. Brainstoming. Knowledge transfer from brain to brain. Tak lupa juga banyak handbook kena share dari pen drive ke pendrive.
3. Itulah cara kami belajar nak lulus periksa lebih 10 tahun lepas.
4. Din ada daya momentum keinginan yang kuat dalam industri boiler. Tanpa henti hingga kini.
5. Dari inisiatif beliau, MSIEA kini dikenali semua pemain industri.
6. Saya doakan beliau sentiasa dicucuri rahmat Allah selamanya. Semoga segala usaha beliau dipermudahkan.
7. Teruskan usaha murnimu. Kami akan sentiasa menyokong.

*ini adalah gambar terbaru May 2017 kami berjumpa sejak kali terakhir 2007.

#tributetodinmsiea

No comments:

Post a Comment