Friday 10 November 2017

Al Kisah Rak Buku

1. Semasa berumur 15 tahun, di awal tahun untuk menghadapi peperiksaan PMR, saya tidak mempunyai meja untuk mengulangkaji pelajaran.
2. Saya juga tidak mempunyai rak buku untuk menyimpan buku yang semakin bertambah. Buku itu ilmu. Ia mesti dihormati dan mesti disimpan di tempat yang baik.
3. Asalnya niat nak beli, namun kesian bila melihat ibubapa yang perlu guna duit untuk perkara lain yang lebih penting. 
4. Akhirnya saya memutuskan untuk membuatnya sendiri.
5. Hari - hari seterusnya menyaksikan saya memulakan projek. Idea tercetus kerana melihat abang sulung saya yang membuat sendiri meja di biliknya. Ia sebuah inspirasi kepada saya.
6. Saya minta duit daripada ibu saya untuk membeli tukul, gergaji, paku dan alat pengukur.
7. Saya kumpul semua kayu terpakai dari kampung lama dan juga sekeliling rumah.
8. Saya lakar rekabentuk.
9. Saya bertukang siang dan malam.
10. Akhirnya sebuah meja terhasil.
11. Rak pertama terhasil.
12. Beranda tepi rumah pertama terhasil.
13. Tapak kedai sebelah rumah terhasil.
14. Sebuah stor terhasil. Saya bina bilik sendiri di rumah. Saya juga pernah bekerja sebagai buruh kasar semasa pembinaan taman perumahan di hadapan rumah.
15. Sampai satu peringkat, saya juga ditempah oleh abang kakak sanak saudara untuk membaiki itu dan ini.
16. Itu asal ceritanya sebab dan punca saya sangat suka membuat meja di mana - mana kilang sawit yang saya jaga. Sudah pasti akan ada sebuah meja tempat rehat di kilang.
 http://zul1979.blogspot.my/2011/12/projek-meja-di-ladang.html
17. Bukan sekadar itu sahaja. Koleksi alat - alat bertukang saya bertambah saban hari.
18. Tuan puan yang saya kasihi. Berkat semua perkara di atas, saya juga menjadi seorang jurutera hari ini adalah disebabkan semua perkara di atas.
19. Bertukang menjadi minat saya yang paling besar dalam hidup!
20. Saya tidak pernah mengeluh tiada meja di rumah.
Saya tidak pernah mengeluh tiada rak buku di rumah.
Tidak. Saya tidak pernah mengeluh kerana kesiankan orang tua saya.
21. Apa yang saya buat adalah, cari jalan untuk dapatkannya dengan cara yang paling mengurangkan beban kedua orang tua saya.
22. Hikmahnya hari ini saya menjadi jurutera dan sangat minat bertukang.

Akhir kalam, sentiasa positif. Cari jalan. Allah itu benar. Yakin dan bersabarlah. 

Ya, cari 1001 jalan bukan 1001 alasan!

No comments:

Post a Comment