Sunday 19 November 2017

Follow Up 5000 X

Saya banyak belajar daripada Tuan Tahang Muhammad Tang semasa bersama beliau di Morisem Palm Oil Mill ‘B’. Terutama dalam bidang menguruskan pekerja.

Suatu ketika, kami dalam perjalanan pulang dari Effluent Treatment Plant ke Pejabat. Sambil mendaki bukit jalan yang cerun, dia bertanya kepada saya, 

“Berapa kali perlu follow up setiap kerja yang kita atur kepada pekerja?”

Dalam keadaan tercungap - cungap dan masih menarik nafas, saya menjawab,

“Sepuluh kali”.

Beliau diam seketika. Kemudian membalas,

“Tidak!. Follow up sehingga siap!”

Saya terus mengikori beliau dari belakang sambil terus berfikir tentang jawapan beliau itu.

Saban hari masa berlalu. Tahun demi tahun menguruskan dari satu kilang ke satu kilang. Menguruskan beratus manusia yang saban hari berlainan karekter dan perangai.

Rambut sama hitam, hati belum tentu sama warna.
Dari yang muda hingga kepada yang berusia.
Dari tempatan hingga ke luar negara.
Dari yang ber IC hingga kepada yang tanpa dokumen!

Tuan Puan yang saya kasihi,

Dalam Islam, kita perlu mendidik (follow up) anak untuk solat dari umur 7 tahun hingga 10 tahun.
Jumlahnya adalah

5 waktu solat x 356 hari x 3 tahun = 5340 kali!

Itu untuk seorang kanak - kanak. Sudah pasti, menguruskan manusia yang lebih berumur itu kekadang lebih mudah dari kanak - kanak mahupun kekadang lebih sukar dari kanak - kanak!

Melalui pengalaman saya sendiri, saya telah buat satu formula mudah. Jadikan ia tiga peringkat.

LEVEL 1
LEVEL 2
LEVEL 3

Setiap level mempunyai cara yang agak berbeza. Sebagai contoh.

Task ;
Suruh pekerja pakai PPE di tempat kerja

LEVEL 1
Saya akan bagi latihan berkenaan PPE. Saya akan sampaikan segala 1001 ilmu berkaitan kenapa penting perlunya pakai PPE.
Letak signage.
Letak amaran di tempat kerja.
Sehingga semua faham perlu guna PPE, kesan jika tak guna PPE dan tindakan yang saya akan ambil jika mereka tidak menggunakan PPE. Saya akan tegur dan marah jika ada yang belum guna.
Jumlah follow up = 30 kali.

LEVEL 2
Daripada verbal method, saya akan tukar kepada peringkat 2 iaitu surat. Email. 
Saya akan keluarkan surat amaran.
Surat amaran 1,2 dan 3.

LEVEL 3
Saya akan ambil tindakan terakhir iaitu penamatan perkhidmatan kepada pekerja yang masih degil!

Daripada pengalaman, saya dapati 90% staff saya cuma perlu LEVEL 1.

5% perlu kepada LEVEL 2.
5% terakhir perlu kepada LEVEL 3!

Namun begitu, kita perlu giatkan usaha kepada kaedah verbal. Komunikasi dari hati ke hati. Kena ada chemistry. Kena face to face. Kena ada eye contact. 

Setiap manusia mempunyai green key yang berbeza. Sebagai seorang ketua yang pintar, kita tidak wajar menggunakan satu kaedah kepada semua manusia. Setiap manusia perlu difahami dan kaedah yang bersesuian perlu digunakan.
 
Ada yang perlu guna kaedah lembut sudah cukup.
Ada yang perlu guna kata - kata penuh hikmah, sudah cukup.
Ada yang perlu kepada kata - kata berunsur sindiran.
Ada yang perlu diingatkan berkali - kali.
Ada yang perlu guna suara kasar.
Ada yang perlu “dirotan”!

Ada yang perlu diingatkan anak bini di rumah.
Ada yang perlu diingatkan asal usul. 
Dan sebagainya.

Ia perlukan kebijaksanaan seorang pemimpin untuk menentukan cara mana yang paling efektif dan paling efficient untuk setiap individu!

Akhir kalam,

FOLLOW UP LAH SAMPAI KERJA SIAP!


No comments:

Post a Comment