Thursday 16 November 2017

Al Kisah Baju Lengan Panjang

ringkas. baju t-shirt tanpa kolar.

Tak sempat nak fikir pasal sikat rambut, sebab banyak lagi hal lagi penting nak fikirkan.

  1. Pada 17hb. March 2004, pada hari pertama saya bekerja di Morisem Palm Oil Mill 'B', saya pergi kerja dengan mengenakan baju berlengan panjang dan berseluar slack.
  2. Apabila sampai ke kilang, semua mata memandang saya dengan penuh kehairanan. Saat itu baru saya sedar, hanya saya seorang yang hadir kerja mengenakan baju lengan panjang dan juga seluar slack.
  3. Sejak hari itu, saya tidak pernah lagi memakai baju lengan panjang sepanjang berada di kilang sawit lebih 10 tahun. Kecuali jika ada program di luar seperti temuduga peperiksaan ataupun seminar di luar kawasan ladang.
  4. Pakaian kerja saya berubah dari seluar slack kepada seluar khakis. Keadaan persekitaran kilang sawit menyebabkan seluar slack tidak sesuai digunakan. Sepanjang hari berada di luar, berpeluh dan juga panas.

    seluar khakis.
  5. Seluar khakis saya kemudia berubah dari tiada poket ke berpoket tepi. Banyak barang boleh isi. Tape. Torch light. Beg duit. Handphone. Kunci.
  6. Selang beberapa tahun, saya dapati kesan mecanical erosion kepada kain seluar khakis saya amat cepat. Beberapa bahagian cepat koyak seperti punggung dan juga lutut. 
  7. Akhirnya saya memutuskan untuk menukar kepada seluar jeans. Saya mula membeli jeans pertama dan akhirnya bertambah. Saya akan membeli jeans size dan warna yang sama 3 atau 4 helai. Sejak itu, seluar saya jarang koyak! 
  8. Seluar lama saya akan musnahkan jadi kain buruk. Selain sebab seluar sudah lusuh dan koyak, saiz seluar juga tidak sesuai lagi dengan badan saya. Perut makin buncit dan menyebabkan saya tidak selesa. Jadi saya mengambil keputusan untuk memusnahkan seluar yang telah lusuh.
  9. Sama seperti baju saya. Pada mulanya saya memakai baju kemeja lengan pendek. Namun disebabkan kekurangan pilihan yang saya sukai, saya jarang menambah koleksi baju kemeja lengan pendek.
  10. Akhirnya, saya mula membeli baju T-shirt berkolar. Lebih lagi di kilang sawit, kami setiap tahun mendapat baju T - shirt berkolar sehelai atau dua helai setiap tahun. Selama lebih 10 tahun, saya mengumpulkan lebih 20 helai baju 'berjenama' syarikat.
  11. Saya akhirnya menjadi fobia dengan semua baju "berjenama" tersebut. Lebih lagi bila mana saya telah bertukar syarikat, mengenakan baju lama agak kekok. Baju - baju ini belum dicampur dengan baju "berjenama" lain seperti baju kelab atau persatuan.
  12. Banyak baju yang saya tidak pakai dan disimpan di dalam almari. Ada ketika, saya akan hadiahkan baju tersebut kepada pekerja saya.
  13. Saya cuma memakai 3 atau 4 baju yang saya suka. Antara ciri utama adalah jenis kain cotton yang mampu menyerap peluh. Saya amat tidak suka mengenakan baju jenis jersi kerana tidak boleh menyerap peluh.
  14. Sejak kebelakangan ini, saya telah menukar lagi jenis baju saya. Saya ambil keputusan untuk mengenakan baju T - shirt tanpa kolar dan jaket. Berseluar jean. Ya, inilah pakaian yang saya akan guna selagi saya bekerja di kilang!
  15. Baju t-shirt tanpa kolar. Jaket. Seluar jeans. Berkasut safety low cut jenama King. Berambut pendek potongan tanpa no dan tidak bersikat sejak 1999.
  16. Mark Zurkerberg sedikit sebanyak memberikan saya idea untuk memilih jenis baju. Saya akan cuba mencari satu jenis t-shirt tanpa kolar, sama warna dan akan gunakannya setiap hari. Beli 10 atau 20 helai. Namun, sekarang masih belum jumpa.
  17. Transformasi pakaian kerja sejak 2004 hingga 2017.
  18. Ia amat sesuai dengan jiwa dan raga saya.
Tuan Puan yang kasihi. Saya amat bersyukur kerana tidak perlu hadir kerja memakai tie dan juga baju lengan panjang. Jika itulah yang saya kena pakai hari - hari, ia pasti akan menyebabkan jiwa saya tertekan.

Itulah pakai yang saya guna sejak berkerjaya sebagai seorang jurutera kilang sawit dan kita sebagai seorang jurutera kilang penapis minyak sawit.

Jika ada mempunyai selera baju yang sama, maka anda layak untuk menjadi jurutera kilang seperti saya. Jika tidak, selamat tinggal kawan!

No comments:

Post a Comment