Monday 6 November 2017

MATANG @ MATURITY


  1. Apa maksud matang? mature?
  2. Matang adalah bila mana kita belajar dari apa yang berlaku dalam hidup kita untuk bekalan hari mendatang.
  3. Bila mana kita faham hikmah yang Allah nak tunjuk kat kita.
  4. Bila mana kita rasa bahagia, bila memahaminya.
  5. Bila mana kita berlapang dada dengan apa yang berlaku.
  6. Bila mana kita boleh maafkan orang.
  7. Bila mana perasaan kita lebih penting untuk dijaga berbanding seluruh isi dunia.
  8. Jika kita masih kusut masai dendam kesumat dan tidak bahagia, maka kita masih belum matang.
  9. A peace of mind.
  10. Manusia diciptakan Allah penuh keunikan. Perbezaan. Disebab itu, Allah ciptakan kita ada yang matang lebih awal seusia waktu, ada yang lambat matang hingga hujung usia.
  11. Salah satu cara nak lebih cepat matang adalah ikut ajaran agama. Fahami didikan agama. Banyakkan input Al Quran dan Hadis.
  12. Dalam Al Quran, Allah bawakan banyak cerita untuk kita jadikan pengajaran. Sebagai bekalan kita.
  13. Jika kita ada banyak input, kita akan cepat matang.
  14. Jika input kita kurang, kita akan lambat matang. Kita akan belajar dari usia dan kesilapan diri sendiri.
  15. Jika usia dijadikan harga, ia amatlah tinggi nilai dan bunganya. Mengalahkan bunga riba.
  16. Kadang - kadang, dibayar dengan harga duit, nyawa mahupun maruah diri. 
  17. Untuk elak kita membayar harga yang tinggi kepada tujuan mematangkan diri, kita hendaklah menggunakan segala panca indera kita. 
  18. Hati. Akal. Iman. yang lebih utama.
  19. Semua pendedahan yang kita terima, kita belajar.
  20. Belajar dari pengalaman orang lain.
  21. Banyakkan membaca, insha Allah, banyak yang kita belajar.
  22. Sentiasa cari mentor atau guru, insha Allah, mereka tunjukkan kita jalan.
  23. Sentiasa berdoa, moga Allah kurniakan kita hidayah dan taufek untuk menuju jalan yang lurus.
  24. Saya minat membeli rumah. Dua kali saya hilang duit deposit kerana buat sila tidak periksa harga pasaran dan kemampuan untuk pinjaman di bank. Saya belajar dan matang dari kisah tersebut. Hari ini, saya cukup mahir bab beli rumah.
  25. Saya ni jenis outspoken. Masa tu usia masih muda dan belum matang. Dalam mesyuarat dan seminar, saya akan bangun bersuara. Namun kini, saya bukan lagi begitu. Saya lebih berhemah dan lebih pintar jika nak sampaikan sesuatu. Kepada pihak tertentu. Yang penting, bukan caranya, tapi yang maha penting adalah matlamatnya dicapai.
  26. Dulu masa muda, kita suka cari gaduh. Dengan adik beradik. Dengan rakan tualan. Dengan musuh. Hari ini, kita sedar dan sudah matang. Disebabkan kita sayangkan masa dan usia kita yang ada, kita tak lagi cari gaduh. Kita tak lagi buang masa dengan bergaduh. Dari bergaduh, baik kita berkasih - sayang. Lagi banyak manfaat yang kita jumpa dan rasai.
Tuan Puan yang saya hormati,
Bersyukurlah kepada Allah, jika kita sudah matang. Allah nak kita bahagia cepat, sebab itulah kita jadi matang sekarang. Selagi mana kita tak matang, selagi itulah kita lambat jumpa bahagia.

Selamat meneruskan perjalanan dan pengembaraan Tuan Puan. Jalan menuju bahagia.

No comments:

Post a Comment