Sunday 5 November 2017

Al Kisah aku seorang blogger


Antara kesempitan dan kemewahan. Sempit membuka 1001 ruang dan peluang. Mewah menutup ruang dan mematikan akal daripada berusaha keras. Mewah juga memusnahkan 1001 kerajaan manusia sejak berzaman.

Saya memulakan kerjaya di alam sawit sejak March 2004 setelah tamat belajar 2003. Apabila menjejak kaki pertama kali di bumi Borneo, di pendalaman Sukau, Kinabatangan, perjalanan melalui jalan Jeroco yang mengambil masa 3 jam, saya sampai ke Morisem Palm Oil 'B'. 

Dipendekkan cerita, tempat tersebut tidak ada akses internet. Dari tahun 2004 hinggalah 2009, saya tidak ada akses internet. Saya tiada akaun Facebook. Namun, dalam masa 5 tahun tersebutlah, pelbagai perkara saya capai dalam bidang kerjaya saya kini. Fokus kepada kerjaya. 101% fokus.

Saya mula menyewa rumah di Miri, kerana anak perlu dihantar ke PASTI. Apabila sewa rumah pertama, saya terus memasang internet. Pertama kali dapat akses internet setelah 5 tahun bertapa. Perkara pertama saya lakukan adalah, 

1. Buka akaun blog.
2. Buka akuan Facebook.

Dari akaun Facebook, saya mula berhubung dengan ramai kenalan setelah 5 tahun terpisah dari dunia luar. Antara rakan pertama saya jumpa adalah Cikgu Sabarudin Mohd Noor. Facebook banyak membantu saya jumpa semula rakan universiti.

ok. Blogger. Apabila membuat post pertama, saya begitu teruja. Apabila searching di google, ia boleh dijumpai! Begitu hebat teknologi maklumat! 

Kenapa saya jadi blogger?

Saya memilih untuk menjadi blogger atas beberapa sebab. Antaranya adalah :-
1. Mempromosi industri sawit kepada dunia.
2. Mempromosi bidang kejuruteraan terutama jurutera stim kepada dunia.
3. Menggalak lebih ramai graduan menyertai industri sawit.
4. Persediaan kepada saya untuk menjadi penulis. Saya masih menyimpan impian untuk menulis sebuah buku. Suatu hari nanti, saya akan bukukan segala post saya.
5. Sebagai sumber maklumat berguna.
6. Medium kepada saya untuk menyimpan maklumat sebagai rujukan.
7. Sebagai alternatif kepada sumber maklumat baik dalam menangkis segala maklumat buruk.

Sejak 2009 hingga kini, blog itu menjadi lebih banyak dan berkembang. Ia menjadi sebahagian diri saya. Ibarat sebuah diari. Apabila saya nak ambil peperiksaan jurutera stim, saya akan post berkenaan hal tersebut. Apabila saya ambil MBA, saya akan post nota yang berkaitan. Apabila saya membaca sesuatu yang menarik, saya post. 

Hingga kini, blog tersebut sudah mencapai 800,000+ view. Terima kasih atas lawatan.

Namun, sejak 2015, disebabkan komitmen kerja, saya jarang kemaskini blog.

Ok Tuan Puan, 
Moral yang saya nak sampaikan adalah satu. Disebabkan saya tidak mendapat akses internet selama 5 tahun, apabila mendapatnya, saya terus menggunakkannya sebaik mungkin. Sebagai menghargai dan mensyukuri nikmat yang kita ada. Kita guna sebaiknya. Ia sebuah nikmat yang tak terduga.

Tanya diri dan hati, adalah kita telah menggunakan segala nikmat itu sebaiknya, atau sebaliknya?

No comments:

Post a Comment