Sunday, 3 May 2020
Draw 4 Kids
Friday, 1 May 2020
Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah Part 2
- Buku "Muhammad SAW: The Super Leader Super Manager" karangan Muhammad Syafi'i Antonio memaparkan ciri - ciri kehebatana Nabi Muhammad SAW dalam lapan bidang iaitu pembangunan diri, perniagaan, kekeluargaan, dakwah, sosial dan politik, pendidikan, undang - undang dan ketenteraan.
- al-Maidah:35 "Hai orang - orang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadanya serta berjihadlah pada jalannya supaya kamu mendapat keuntungan."
- Sir George Bernard Shaw berkata " Apabila ada agama yang berpeluang menguasai England, bahkan Eropah beberapa ratus tahun dari sekarang, Islamlah agama itu. Saya sentiasa menghormati Nabi Muhammad kerana potensi yang beliau miliki. Bagi saya, ini adalah satu - satunya agama yang memiliki kemampuan menyatukan dan mengubah peradaban. Saya melihat Nabi Muhammad SAW sebagai seorang yang memiliki peribadi agung dan tidak sama sekali anti-Isa. Beliau wajar dipanggil penyelamat kemanusiaan. Saya yakin, apabila ada orang seperti Muhammad memegang kuasa tunggal dalam dunia moden ini, beliau pasti berjaya mengatasi segala masalah sehingga dunia ini menjadi aman dan bahagia. inilah sebenarnya yang dunia perlukan. Saya meramalkan agama yang dibawa oleh Muhammad bakal diterima di Eropah pada masa hadapan. Sesungguhnya, ia sudah pun mula diterima pada hari ini. Muhammad adalah manusia agung yang pernah lahir ke dunia. Beliau membawa suatu agama, mendirikan sebuah bangsa, meletakkan dasar - dasar moral, memulakan banyak pergerakan pembaharuan sosial dan politik, mendirikan sebuah masyarakat yang kuat dan dinamik bagi melaksanakan dan mewakili ajarannya. Beliau turut merevolusikan fikiran dan perilaku manusia. Beliau adalah Muhammad yang dilahirkan di Semenanjung Arab pada tahun 570 Masihi dan mula menyebarkan agama kebenaran pada usia 40 tahun. Beliau wafat pada usia 63 tahun. Sepanjang 23 tahun menjadi Nabi, Muhammad mengubah jazirah Arab daripada budaya paganisme dan penyembah makhluk menjadi penyembah Tuhan yang Maha Esa. Beliau mengubah suku - suku yang suka berperang menjadi bangsa yang bersatu, mengubah kaum pemabuk dan pengacau menjadi kaum pemikir dan penyabar. Beliau mengubah kaum yang tidak mempunyai undang - undang dan anarki kepada kaum yang teratur. Beliau mengubah kerosakan kepada keagungan moral. Sejarah manusia tidak pernah mengalami tranformasi sebuah masyarakat ataupun tempat sedahsyat ini dan bayangkan ia terjadi dalam waktu yang kira - kira hanya lebih sedikit daripada dua dekad." Sir George Bernard Shaw dalam "The Genuince Islam, Vol.1, No. 8,1936.
Petikan diambil dari buku "Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah
Sinopsis Buku "Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah
Muslim Kelana, Terbitan PTS Millennia Sdn. Bhd. , 2008.
Saya akan mencatit beberapa isi dan perkara yang menarik terdapat di dalam buku ini.
- AQ (Adversity Quotient atau Kecerdasan Kegetiran). Pertama kali saya jumpa perkataan ini. Walaupun saya pernah mengalaminya dan percaya perkara ini banyak berlaku dalam kehidupan manusia, namun saya julung kali menjumpai istilah ini. AQ menjadi punca kepada motivasi banyak orang susah untuk bangkit dan menjadi berjaya pada suatu masa nanti. AQ membuatkan dirinya menjadi cekap, tabah dan tidak mudah berputus asa. Nabi Muhammad SAW sepanjang usia kanak - kanak hingga dewasa mempunyai pengalaman gentir yang sangat banyak. Namun perkara itu tidak pernah membuatkan Baginda SAW berputus asa, mengeluh dan menyebut - yebut perkara silam gentir tersebut.
- al-Ahzab :21 "Sesungguhnya ada pada diri Nabi Muhammad itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat daripada Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah."
- Micheal H. Hart di dalam bukunya "The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History" memilih Nabi Muhammad SAW sebagai orang pertama.
- Lamartine, sejarawan mengatakan Nabi Muhammad SAW seorang tokoh yang hebat kerana mampu melakukan perubahan yang besar dengan sedikit kemudahan yang ada.
- Law of Attraction disebut oleh Rhonda Byrne dalam bukunya "The Secret" menerangkan hukum tarikan positif berfungsi sebagai magnet yang membawa kebaikan dan kejayaan kepada seseorang. Dengan bersikap positif, seseorang turut menarik perkara - perkara positif di sekelilingnya.
- FAST (Fatanah: Cerdas, Amanah : Dipercayai, Siddiq:Benar dan Tabligh: yang menyampaikan).
- "Sembilan daripada 10 punca rezeki datang daripada usaha berdagang dan sepersepuluhnya lagi adalah daripada usaha berternak." HR oleh Abu Nuaim bin Abdul Rahman.
- "Allah memberi rezeki kepada hambanya sesuai dengan kegiatan dan kemahuan keras serta usahanya." HR at-Thusi.
Labels:
AQ,
Buku,
Menjadi Usahawan Sehebat Muhammad Bin Abdullah,
Micheal H. Hart,
Perniagaan,
Rasulullah SAW,
Rhonda Byrne,
sunnah,
Usahawan
Subscribe to:
Posts (Atom)