Saturday, 18 January 2025

Safety leadership

Safety leadership is the ability to influence others to prioritize safety and act in a safe manner. It involves demonstrating a commitment to safety through actions and decisions. 

Responsibilities
Create and enforce policies: Develop and implement safety policies and procedures 

Conduct risk assessments: Identify potential hazards and assess the level of risk 

Ensure compliance: Make sure that everyone is following the safety rules and regulations 

Learn from incidents: Analyze the causes of incidents and use that information to improve safety

Macam mana boleh bertahan dalam satu syarikat selama 34 tahun?

Saya tanya soalan ini kepada idola saya. Dan beliau menjawab, PROGRESS.

Sepanjang 40 tahun umur syarikat dalam industri, bermula dengan satu kilang, kini lima kilang. Syarikat telah melalui pelbagai fasa dan sentiasa berubah - progress.

Perubahan itu menyebabkan beliau kekal dalam syarikat. Banyak projek dijalankan. Kapasiti kilang meningkat dan pelbagai cabaran telah dilepasi dan diselesaikan.

Jika tiada perubahan, beliau sudah lama berhenti. Suatu masa, beliau mendapat tawaran untuk menjadi guru dan pegawai JKKP. Namun atas pelbagai sebab, beliau tidak meneruskan niat tersebut.

Ayahnya berkata, kenapa kamu mahu jadi guru? Buku yang kamu akan baca adalah buku yang sama awal hingga hujung tahun. Tidak bosankah?

Perubahan syarikat sudah tentu dengan melakukan projek. Projek sudah pasti banyak perkara baru dipelajari. Setiap cabaran memberikan accitement yang berbeza. Sudah pasti kerja juga banyak. Namun, apabila semua telah selesai, suatu kepuasan diri akan diperolehi.


Jurutera berkualiti

Salah seorang idol saya yang telah berkhidmat lebih 34 tahun dalam syarikat berkongsi pengalaman beliau memulakan kerjaya :

Beliau menceritakan, semasa ditemuduga oleh bekas bosnya, beliau disuruh mereka bentuk condenser untuk sebuah plant. Maka beliau reka semasa sesi temuduga dan berjaya mendapatkan jawatan.

Ia berlaku pada tahun 1990. Beliau seorang graduan kejuruteraan kimia lulusan USA. 

Perkongsian beliau mengingatkan saya menemuduga jurutera yang telah berkerja lebih 5 tahun. Apabila ditanya berkenaan pam, mereka tidak dapat menjawabnya. Soalan tentang jenis - jenis pam pun tidak dapat dijawab. Kita belum lagi suruh rekabentuk pam untuk kilang.

Learner Mindset

A learner's mindset is a way of thinking that encourages people to see new experiences as opportunities to learn. It can help people adapt to change, absorb information, and achieve more. Characteristics of a learner's mindset
  1. Open-minded: People with a learner's mindset are receptive to feedback and new ideas. 
  2. Curious: They are eager to learn more about things that interest them. 
  3. Growth-oriented: They believe that their skills and talents can be developed. 
  1. Proactive: They take initiative to solve problems and learn new things. Benefits of a learner's mindset
  1. Better adaptation: People with a learner's mindset can adapt to new environments and learn new skills. 
  2. Better performance: They can achieve more and perform better at work. 
  3. More creativity: They can be more flexible, creative, and connected. How to develop a learner's mindset
  4. Set goals: Set realistic goals that are measurable and time-bound. 
  1. Practice gratitude: Focus on what you're grateful for and acknowledge the positive in your life. 
  2. Take initiative: Ask questions, seek information, and take on new projects. 
  3. Be open to feedback: View feedback as a tool for growth.     

Visible Leader

A visible leader is someone who is seen, heard, and engaged with their team. They are approachable, relatable, and inspire others to reach their full potential. What makes a visible leader?
  • Being present: Visible leaders are engaged and actively involved with their team. They are not just a figurehead who shows up to meetings. 
  • Being confident: Visible leaders are confident in themselves and can share their message in a relatable way. 
  • Being empathetic: Visible leaders are empathetic, committed, open-minded, and consistent. 
  • Being a good listener: Visible leaders listen to understand, ask questions, and observe. 
  • Being action-oriented: Visible leaders take action on feedback, whether that means implementing it or explaining why it can't be. 

  • How can you become a visible leader?
Record a short video message every week
  • Write blog posts
  • Share interesting articles
  • Like and comment on others' posts
  • Respond to everyone who comments
  • Create time to connect with others
  • Be present when engaging with others
Why is visible leadership important?
  • Visible leadership can lead to a culture that shows an organization's values and mission 
  • Visible leadership can lead to colleagues feeling trusted and engaged
  • Visible leadership can lead to a big impact on the culture of the team and organization 

Kenapa pindah lagi dan lebih jauh?

1. Adik saya bertanya, macam mana saya boleh buat keputusan untuk pindah lagi? Malah kali ini keluar negara. Lebih jauh.
2. Saya menjawab, "Saya pindah sebab syarikat suruh pindah, jadi saya pindahlah". Semudah itu. 
3. Sebenarnya, ia lebih dari itu. Saya amat terhutang budi dengan syarikat saya sekarang. Atas banyak perkara. Beberapa individu dalam syarikat telah memberikan kepercayaan tanpa berbelah bagi sejak saya menyertai syarikat ini. Banyak hal saya boleh senaraikan, namun cukuplah beberapa perkara ini.
4. Selepas berhenti di sebuah syarikat, banyak ujian saya hadapi. Pada masa itu, saya berada dalam tahap paling rendah dalam kerjaya saya. Ada masa, semasa itu saya tiada kerja. Disebabkan mereka mengenali saya lebih awal, mereka menawarkan saya jawatan.
5. Setelah menyertai syarikat ini, saya diuji sekali lagi. Seperti biasa, akan ada individu yang tidak suka dengan kita. Sekali lagi, beberapa individu ini berdiri dan mempertahankan kredibiliti saya. Mereka beri saya sekali lagi peluang dan harapan.
6. Saya tambah terharu apabila diberi harapan oleh beberapa individu dalam syarikat. Zul, kamu bakal memegang jawatan ini, dan sudah pasti harapan mereka tinggi kepada kamu. Buatlah yang terbaik.
7. Akhirnya, saya kembali ke Lahad Datu seperti yang diharapkan dan dijanjikan. Beberapa tahun lepas, saya minta kenaikan gaji pun mereka tunaikan. 
8. Untuk tugas baru di tempat baru, mereka telah maklum kepada saya sejak empat tahun lepas. Harapan itu telah diberitahu lebih awal.
9. Kini syarikat perlukan saya dan saya bersedia. Semasa menawarkan tugas ini, saya amat berbesar hati kerana harapan besar diberikan. Kata - kata seperti, kami semua telah berbincang dan bersetuju bahawa kamu adalah satu - satunya calon paling layak ke sana. Lokasi itu bakal menjadi kilang paling besar dalam syarikat. Sekali lagi harapan besar diberikan.
10. Bekas CEO pernah berkata kepada saya, i trust zul and he is a good leader with an excellence communication skills. He trust me very well from the day since he interviewed me few years ago.
11. Syarikat ini percaya saya, selamatkan saya dan berikan peluang kepada saya. Jadi, kenapa saya tidak mahu membalas jasa - jasa mereka kepada saya.
12. Selebihnya, saya suka meneroka bumi asing. Allah suruh kita berkelana. Inilah masanya. Meneroka negara baru.

Saya berharap dia akan menerima jawatan baru di sebelah negeri Kelantan. Nak naik pangkat, maka keluarlah dari kampung. Semoga kamu faham ertinya menjadi musafir, hijrah dan berkelana. Ingatlah, musafir ini cuma seketika. Bukan selamanya. Setiap pengorbanan, pasti akan ada manis dihujungnya.

Cerita ini kita punya, maka tulislah cerita yang hebat dan baik - baik. Baik dunia dan akhirat.


Membina kerjaya sebagai jurutera

  1. Baru – baru beberapa orang jurutera saya telah meletak jawatan. Dalam usaha untuk mencari jurutera baru, kami telah menemuduga beberapa calon. Daripada sesi temuduga tersebut, saya teringat kembali perjalanan awal saya memulakan kerja dalam industri sawit.
  2. Calon – calon jurutera muda ini telah membuatkan saya mengimbau kembali kenangan semasa berhijrah ke dunia asing sejak 20 puluhan tahun lepas. Memulakan kerjaya yang saya tidak pernah terfikir dalam hidup saya.
  3. Semoga catatan ini dapat memberikan sedikit gambaran perbezaan dunia industri 20 tahun lepas dan kini. Ada perkara telah berubah, namun ada perkara konsepnya masih sama. 
  4. Setelah tamat belajar di USM pada tahun 2003, saya terus mendapat kerja di Pulau Pinang dalam industri pembuatan besi. Saya tidak pernah tahu istilah safety semasa memulakan kerjaya pada masa itu. Dalam tempoh tiga bulan, saya mengalami dua kemalangan dan disuruh berhenti oleh pengurus. Saya masih ingat kata - kata production manager kepada saya, "you are not belong here".
  5. Duit gaji dan claim SOCSO saya sempat simpan dan kumpul untuk membeli baju majlis graduasi pada bulan ogos 2003 pada tahun yang sama.
  6. Selepas majlis graduasi, saya dipujuk oleh ibu saya untuk pulang ke kampung. Di kampung saya membantu ibu membina tapak gerai untuk menjual ayam segar. Abang saya baru berkahwin dan mertua seorang pembekal ayam segar. Mengambil peluang itu, ibu saya membina gerai dan mula menjual ayam segar. Hari ini, tapak tersebut telah terbina sebuah kedai runcit dan dijaga oleh adik bongsu saya. Ibu saya selama puluhan tahun, berulang – alik ke Pasar Siti Khadijah untuk menjual pelbagai hasil termasuk telur itik masin demi pendapatan keluarga. Peluang untuk berniaga di sebelah rumah, merupakan sesuatu yang amat bermakna kepada keluarga saya.
  7. Selepas gerai siap dibina dan perniagan dimulakan, saya meneruskan usaha untuk mencari kerja. Suratkhabar The Star setiap minggu kedua hari sabtu tidak ketinggalan dibeli dan permohonan dipos ke Syarikat tersebut. Cover letter dan resume, tiga muka surat. Hampir satu rim habis untuk permohonan kerja.
  8. Pada masa itu, sebuah perumahan baru dibuka di hadapan rumah. Saya sempat menjadi buruh kasar beberapa bulan dan mendapat gaji harian.
  9. Tidak lama selepas itu, saya mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat perabut. Tuan punya syarikat ingin membuka syarikat baru untuk pekhidmatan servis kapal dan boiler. Sebelum mendapat lesen untuk operasi tersebut, saya disuruh untuk menjual aircond dan mendapat projek servis aircond daripada jabatan – jabatan Kerajaan di sekitar bandar Kota Bharu. Jawatan saya pada masa itu adalah Sales Engineer dengan gaji RM700 sebulan. Maka bermulalah tugas saya dalam bidang pemasaran. Boleh dikatakan semua jabatan Kerajaan di bandar Kota Bharu telah saya pergi dan jumpa dengan pelbagai jenis manusia.
  10. Setelah hamper tiga bulan ke hulu dan ke hilir mencari projek, saya telah dipanggil untuk temuduga di beberapa syarikat termasuk di Kuala Lumpur. Setiap pengalaman sesi temuduga memberikan pengalaman yang menarik untuk sesi yang lain. Penghubung tahun 2003, saya telah mendapat tawaran kerja di sebuah kilang pembuatan CD, DVD di Subang Jaya. Setelah memohon restu daripada ibu saya, maka saya pun mula berhijrah ke Subang Jaya. Menumpang tinggal di bilik rakan universiti di sebuah flat Ara Damansara. Dengan gaji RM1600 sebulan, saya tinggal di bandaraya, cukup makan dan pada masa yang sama masih juga mencari peluang kerja di tempat lain. Dengan berbekalkan motorsikal EX5 yang digunakan sejak zaman universiti, saya pergi kerja dan pergi temuduga.
  11. Pada suatu hari, rakan sekolah dan universiti saya menawarkan kerja di sebuah kilang sawit di Sabah. Saya hantar resume dan telah dipanggil untuk sesi temuduga. Dengan motorsikal EX5, saya menunggang dan sampai ke IOI Resort untuk sesi temuduga. 
  12. Pada bulan Feb 2004, saya telah dihubungi semula dan ditawarkan kerja di sebuah kilang sawit IOI di Lahad Datu, Sabah. Saya tidak pernah sampai ke bumi Borneo dan tidak pernah tinggal di ladang sawit. Setelah berbincang dengan bakal isteri saya dan memaklumkan kepada ibu, maka saya pun pulang ke kampung dan bergerak menuju ke Sabah. Adakah keputusan yang saya buat ini disebabkan bakal isteri saya orang Sabah? Tidak. Sebab utamanya adalah perasaan saya ingin meneroka tempat baru, pengalaman baru dan suruhan agama supaya berhijrah, berkelana. Ayat 13 Surah Al Hujurat pasti ada tujuannya tersendiri. Sejak memasukki MRSM Kuala Terengganu, saya telah mula berjumpa dengan ramai rakan sekolah dari negeri yang berbeza. Pengalaman ini amat menarik hati saya. Pengalaman berhijrah ke tempat asing adalah sesuatu yang bernilai dan amat berguna. 
  13. Perjalanan ke Lahad Datu memerlukan saya bermalam di Kota Kinabalu. Pada masa itu saya mengambil peluang untuk singgah di rumah bakal mertua dan bermalam di Tuaran. Keesokannya, saya meneruskan penerbangan ke Lahad Datu. Apabila sampai ke Lapangan Terbang Lahad Lahad Datu, saya telah dijemput oleh pemandu kilang. Dari situ, kami meneruskan perjalan ke ladang melalui Jalan Jeroco selama hampir tiga jam. Jalan berbatu, penuh habuk. Dikelilingi ladang sawit sepanjang jalan.
  14. Saya tidak biasa dengan kehidupan ladang sawit. Pengalaman yang ada cuma semasa kem tahunan PALAPES bermalam dan tidur di ladang sawit dan ladang getah. Beberapa kali tertidur dan terjaga akibat terhantuk kepala di cermin kereta kerana kepenatan.
  15. Sepanjang perjalanan tersebut, dalam hati saya bertanya, “Adakah ini tempat yang aku akan habiskan dalam tempoh beberapa tahun akan datang?. Melihat kepada deretan pokok – pokok sawit dan perjalanan yang semakin jauh dari bandar, cukup membuatkan hati merasa sayu. Lebih lagi apabila teringat jarak dan jauhnya dengan keluarga di kampung.
  16. Apabila sampai di kilang, saya dibawa berjumpa dengan pengurus kilang. Soalan pertama ditanya kepada saya adalah, “Berapa lama kamu akan kerja di sini?”. Hari – hari berikutnya, saya memulakan kerjaya di industri sawit. Belajar bertatih, berjalan, mengeja dan membaca. Alhamdulillah, di situ matanya lebah, maka banyaklah madu yang saya jumpa. Ramai rakan – rakan sekerja saya adalah mentor – mentor yang hebat. Mereka tidak jemu memberi nasihat dan dorongan kepada saya tanpa henti. Siang dan malam, merekalah keluarga dan rakan saya. Dalam tempoh tiga bulan pertama bersama  - sama mereka, saya mula mendapat gambaran jalan – jalan yang bakal saya tempuhi. Dari sudut lain, memasuki ladang sawit yang terpencil dan jarak 90km dari Bandar Lahad Datu adalah suatu perjalanan tanpa simpang dan U Turn. Tiada lagi peluang terbuka untuk mencari kerja dan peluang tempat lain.
  17. Dalam tempoh tiga bulan pertama, saya mendapat kemalangan ketika cuba untuk membaiki main gate yang rosak. Roller dan bearing telah rosak dan melihat kepada kesukaran security untuk menolaknya, saya mengambil keputusan untuk mengarahkan maintenance team untuk membaikinya. Panggil shovel untuk angkat dan saya periksa guna jari. Gate tergelincir dan jari saya luka, patah. Saya dimasukkan ke Hospital Lahad Datu dan ditahan selama lima hari. Semasa tempoh tersebut, saya menyembunyikan semuanya dari pengentahuan keluarga untuk mengelakkan mereka risau tentang saya. Maka, mental saya amat teruji semasa itu. Di bumi asing. Keseorangan. Kesakitan. Tidak tahan dengan itu, saya memohon untuk pulang ke ladang lebih awal. Saya diberikan dua minggu kerja. Sampai ke ladang, saya terus masuk kilang demi untuk mengelakkan mental lebih terluka. Sekurangnya kilang dan rakan sekerja saya boleh mengelakkan saya lebih parah sakit mental.
  18. Jika gaji kilang pertama serta claim SOCSO saya boleh simpan dan guna untuk beli baju graduasi, kali ini duit claim SOCSO kemalangan saya simpan dan guna untuk buat hantaran perkhawinan. Dalam tempoh sembilan bulan bekerja, saya bertunang. Beberapa bulan berikutnya iaitu pada bulan Jun 2005, saya berkahwin. Isteri saya kata, duit hantaran digunakan untuk beli tiket ahli keluarganya ke Kelantan. Cuti beberapa hari kenduri di Tuaran dan seterusnya balik ke Kelantan. Perjalanan dua jarak yang jauh dan setelah cuti tamat, saya membawa isteri masuk ke ladang sawit, tinggal di sana dan memulakan kehidupan keluarga.
  19. Tidak dapat dinafikan, isteri saya amat banyak membantu saya sepanjang perjalanan kerjaya hingga kini. 1001 pengorbanan telah beliau lakukan dan mengikuti saya ke mana sahaja saya pergi disebabkan kerja. Walau pun bergelar suri rumah sepenuh masa, beliau sebenarnya telah berkerja keras demia keluarga kami. Kesemua lima anak - anak kami telah dididik oleh beliau dengan penuh kasih sayang. Jika ingin melihat kehebatan beliau, maka lihatlah anak - anak kami yang cemerlang dalam fasa sekolah hingga kini. Alhamdulillah.
  20. Jika sebelum ini, saya boleh cari kerja di tempat lain. Namun apabila sudah sampai di kem (nama panggilan untuk ladang sawit), peluang untuk mencari kerja tempat lain telah tertutup. Bukan senang nak keluar cari kerja, nak keluar ke bandar pun susah. Saya mula memujuk diri – sendiri, apa kata kalau aku cuba dulu setahun. Kita tengok apa hasilnya. Maka saya pun teruskan perjuangan selama setahun. Selepas setahun, saya katakan lagi, apa kata kalau cuba lagi untuk tahun ke tiga? Tahun ke lima?
  21. Mental saya kekadang teruji. Balik rumah keseorangan. Sebelum tidur mendengar cenkerik yang dikelilingi pokok sawit keliling rumah. Pelbagai aktiviti saya lakukang demi untuk merawat mental keseorang sendirian di rumah. Balik kerja, saya tanam pokok bunga tepi rumah. Maklumlah, rumah tidak TV dan Astro disebabkan rakan serumah telah berpindah ke Kilang Pamol selepas tiga bulan bersama. Pada masa itu saya memahami pentingnya untuk bersosial sesama warga kilang. 
  22. Tahun pertama, tahun kedua dan tahun ketiga. Saya lulus sijil jurutera stim gred dua. Saya menyambung Diploma MPOB – DIPOM 2007. Tahun ketiga, saya telah diberikan amanah dan kepercayaan untuk menjaga kilang sawit berkapasiti 90 mt/hr. Pada tahun tersebut, kilang telah memproses sebanyak 457,000 buah sawit. Masuk tahun ke empat, cabaran semakin besar. Pada tahun 2008, saya berhenti dan menyertai sebuah syarikat baru di Miri, Sarawak. Beberapa tahun berikutnya saya lulus jurutera stim gred 1 dan jurutera enjin pembakaran dalam gred 1. Saya menyambung Pelajaran peringkat MBA dan tamat pada tahun 2014. Dari Miri, Sarawak ke Sandakan, Sabah dengan jawatan pengurus kilang. Kembali semua ke Lahad Datu. Pada tahun berikutnya, saya menyertai sebuah kilang penapis sawit dan solvent extraction plant. Sebelum COVID 19 bermula, saya menyertai syarikat baru di Nilai, kemudian ke Pasir Gudang dan kembali semula ke Lahad Datu, Sabah. Turun dan naik, suka dan duka, bumi dan langit, panas dan hujan, taufan serta petir semua telah dilalui.
  23. Sepanjang kerjaya, saya juga pernah menjadi jurulatih, tutor dan pengajar di beberapa kolej swasta. Saya juga pernah menjadi jurutera pelawat untuk boiler di sebuah syarikat. Dengan pengalaman hampir 20 tahun dalam industri dan 18 tahun sebagai pengurus, saya memandang semula ke belakang. Adakah ini jalan yang saya mahukan sejak keluar dari universiti? Tidak. Adakah ini yang saya mahukan semasa mula sampai ke bumi Sabah? Tidak. Saya hanya mengikut gerak hati dan kaki yang melangkah. Ya, ada pelbagai sebab, namun ini adalah jalan yang telah Allah takdirkan untuk saya. 
  24. Saya tidak merancang semua ini. Kadang – kadang kaki yang melangkah. Rezeki Tuhan telah tuliskan. Peluang yang Allah telah bukakan. Saya tidak pernah jangka akan berada di bumi Borneo selama 20 tahun. Saya juga tidak jangka akan menjadi jurutera stim dan membina minat mendalam dalam bidang boiler, industri sawit dan mencintai pengurusan. 
  25. Apabila mengenang kembali sifat asal saya dari kecil hingga keluar universiti (hingga kini), saya sebenarnya seorang introvert. Tidak suka bercakap dan tidak suka bergaul. Abang saya semasa kecil adalah musuh yang selalu dijadikan orang untuk bergaduh disebabkan dia suka mengusik saya. Keluarga saya cukup kenal saya yang sangat sensitif dan suka merajuk. Semasa di universiti, saya pernah meletak harapan untuk suatu masa nanti akan cari tempat kerja yang tidak mempunyai ramai manusia. Sebab saya malas menguruskan manusia dan melayan kareneh mereka. Namun, Allah telah titipkan jalan yang berbeza untuk saya tempoh. Masuk sahaja kilang sawit, saya disuruh untuk bercakap setiap hari di perhimpunan pagi. Saya disuruh menguruskan staff dalam kumpulan kecil untuk sesuatu projek. Masuk tahun ketiga, saya telah disuruh untuk menjaga kilang dengan kapasiti 120 orang pekerja. Kesemua ini adalah pendedahan nyata yang banyak mengajar saya. Komunikasi. Kepimpinan. Mental. Pengurusan. Mentor. Yang banyak membina diri saya hari ini. Saya telah berubah mengikut keadaan, masa dan pengalaman.
  26. Sepanjang perjalanan hidup dan kerjaya, saya banyak jumpa orang. Ada orang baik dan sebalik. Mana yang baik, saya minta nasihat, ikut dan buat. Dan buat lagi. Yang tidak baik, saya tolak jauh dan jadikan sempadan. Maka, inilah saya hari ini.
  27. Banyak silap telah saya buat, namun sepanjang perjalanan tersebut, Allah hadirkan manusia untuk betulkan kita, maka kita ikut yang baik. Saya pernah disuruh berhenti kerja. Saya pernah dikhianati bos sendiri. Saya pernah disaman sejuta ringgit. Saya pernah diletakkan dalam percubaan selama enam bulan (bakal dibuang jika tidak perform). Saya pernah depress beberapa tahun. Saya juga pernah kehilangan rumah untuk membayar kos guaman. Saya juga pernah disaman dan masuk ke dalam penjara (walau pun beberapa jam). Namun, saya juga mempunyai 1001 kenangan manis, kejayaan dan kegemilangan yang saya perolehi sepanjang jalan onak dan duri. Maka, nikmat mana lagi yang saya mahu dustakan. 
  28. Berumur 46 tahun pada tahun 2025, perjalanan saya masih panjang. Dan bulan depan, saya akan berhijrah sekali lagi. Kali ini ke bumi Indonesia. Buat pertama kalinya berkerja di luar negara.

Saya tidak sabar untuk memulakan lebaran baru di tempat baru. Apa ceritanya nanti? Doakan saya.



Friday, 17 January 2025

University of Texas at Austin 2014 ; Admiral Mc Raven speech points

What start make you change the world?
Intervention. 
  1. START EACH DAY WITH THE TASK COMPLETED. Inspect bed. Keep it tide. Complete small task first in the day. Self proud. Encourage to do another task. One task completed will lead to another task completed. The little thing right, the big thing will be right.
  2. FIND SOMEONE TO HELP YOU IN LIFE. Need help. Paddle with the help of others. Paddle at the same. Measure the size with their heart.
  3. Respect everyone.
  4. Life is not always fairs, face it and move forward.
  5. DON'T BE AFRAID TO FAIL OFTEN. Sarcasm. Dont be afraid to fail alone. Life is full with sarcasm. 
  6. Take risks. Slip down to the toughest if you want to change the world.
  7. Face down the bullies. Lot of sharks in the world.
  8. LIFT UP THE DOWNTRODDEN. Step up when the toughest time. Time to be cool. If you want to change the world, come down during the darkest of the world.
  9. The power of one person by giving people a hope
  10. DONT EVER - EVER GIVE UP. If you want to change the world, dont ever ring the bell.




Tuesday, 7 January 2025

Intern - Pelajar Latihan Praktikal

Semasa belajar di universiti mengikuti ijazah kejuruteraan mekanik, kami diwajibkan mengikuti latihan praktikal selama 3 bulan. Latihan praktikal itu pada tahun 2001.
1. Biasanya tempat latihan praktikal diatur oleh pihak pengurusan universiti atau pun permohonan pelajar sendiri.
2. Dipendekkan cerita, saya mendapat latihan praktikal di sebuah syarikat GLC di Subang Jaya. Pada hari kejadian, saya dengan segala persiapan dari kampung menuju ke Subang Jaya. Apabila sampai di pejabat, saya dimaklumkan syarikat terbabit tidak menerima sebarang pelajar latihan praktikal. Terkejut dengan makluman tersebut, saya pulang dengan hampa.
3. Dari Subang Jaya, saya kembali ke kampus di Seri Iskandar sementara menunggu penempatan tempat latihan. Setelah beberapa hari menunggu, akhirnya saya di tempatkan di sebuah kilang produk metal di Seberang Jaya, Pulau Pinang. Menguruskan tempat tinggal, perjalanan sebelum keesokkannya saya memulakan latihan praktikal.

Fokus semasa latihan praktikal
4. Walau pun tanpa sebarang elaun diberikan, disebabkan pengalaman ditolak, saya mula memasang niat untuk fokus kepada semua perkara yang saya boleh belajar di syarikat terbabit.
5. Saya di tempatkan di jabatan kualiti. Syarikat ini menghasilkan produk metal untuk digunakan kilang pemasangan kereta dan peralatan elektrik dan elektronik. Mereka mempunyai sistem kualiti QS22000 dan beberapa sijil lain. Banyak peralatan jitu digunakan untuk menguji kualiti setiap produk.
6. Saya masih ingat menulis segala perkara dan benda baru yang saya jumpa di syarikat terbabit. Perkara yang tidak ada di universiti dan belajar hanya melalui teori.
7. Bermula dengan sistem kualiti dan pengurusan, nama alat dan fungsi, jenis - jenis produk dan parameter kawalan. Mengikuti proses apabila terdapat aduan pembeli dan seterusnya melakukan tindakan penambahbaikan. 
8. Apabila ditanya, apakah hasil syarikat berkenaan, di mana pasaran mereka, macam mana cara mereka hasilkan produk, apakah parameter yang dikawal, apa nama peralatan yang mereka gunakan, apakah target syarikat mereka, dan apa fungsi setiap jabatan dalam syarikat, saya dapat memberikan perincian dengan baik. Ini adalah maklumat asas jika seseorang bertanya kepada kita, apa yang syarikat itu hasilkan?

Apa pentingnya latihan praktikal untuk masa depan seorang pelajar?
9. Baru - baru ini, saya sempat menemuduga beberapa calon untuk jurutera mekanikal. Walau pun keputusan ijazah mereka sangat cemerlang dan mendapat sijil dekan, namun apabila ditanya tentang perkara asas semasa latihan praktikal, mereka tidak mampu menjawabnya dengan baik. Ini amat mengecewakan kerana latihan praktikal adalah hampir enam bulan. 
10. Sebagai graduan yang baru keluar dari universiti, panel penemuduga biasanya akan fokus kepada latihan praktikal pelajar. Mereka akan uji sejauh mana minat dan keterlibatan pelajar berkenaan semasa latihan praktikal. Apa yang mereka lakukan? Apa yang telah mereka belajar selama tempoh praktikal? Jika banyak soalan tidak mampu dijawab, ini membuktikan pelajar berkenaan tidak fokus dan tidak minat untuk belajar sesuatu baru. Mereka sekadar mahu menghabiskan masa dan demi syarat graduan sehaja.

Saya berharap para pelajar belajar banyak perkara semasa latihan praktikal. Dan seterusnya mencipta sebuah pengalaman berharga. Sekurang - kurang boleh dijadikan pengalaman semasa mencari kerja suatu masa kelak.

Terima kasih kepada syarikat yang pernah menerima saya dahulu walau pun kekadang sekadar menjadi tukang photostat kertas di pejabat.

Sunday, 5 January 2025

Naik pelamin

Tahun 2024 dan 2025, dua anak sulung kepada abang - abang saya kahwin. Namun, disebabkan saya berada di Sabah dan urusan kerja, keduanya saya tidak dapat hadir.

Ini adalah pelamin kahwin bangsa Bajau. Gambar diambil semasa kenduri kahwin anak buah di Tuaran. Dulu masa kami kahwin tahun 2005, pelamin yang sama. Cuma mungkin masa itu saya beberapa puluh kilo lebih kurus berbanding sekarang.

Sebenarnya ramai kenduri kahwin sanak saudara kami tidak dapat hadir. Walau pun ia di Sabah mahu pun di Kelantan, amat jarang ada peluang hadir kenduri kendara. Jika pun bukan sebab kerja, pasti cuti sekolah anak - anak akan jadi halangan. Jika pun tiada isu lain, sudah pasti kos balik kampung juga menjadi ujian besar.

Itulah lumrah buat insan yang tinggal jauh dari ahli keluarga. Hanya kata - kata melalui telefon mahu pun group whatsapp menjadi penghubung ucapan tahniah kepada kedua pasangan.

Kepada sesiapa sahaja yang telah berkahwin, bakal berkahwin dan akan kahwin, saya ucapkan ,barakallah, semoga Allah memberkati kedua kamu. Selamat melayari alam perkahwinan hingga ke syurga.