Tuesday, 28 July 2009

Sunday, 19 July 2009

Novel of the industry..







  1. Ini adalah beberapa contoh buku yang dikarang oleh beberapa 'planters' yang tidak asing di dalam industri. Hasil karangan mereka mempunyai banyak fakta sejarah perkembangan industri sawit negara. Kepada planters muda yang bakal mewarnai industri dan mengambil alih tampuk pengurusan atasan, saya mencadangkan buku ini untuk dijadikan sebahagian koleksi peribadi anda di dalam menghargai perjuangan mereka yang terdahulu!
  2. Blog ini merupakan ilham yang saya perolehi daripada buku - buku ini.Jika dipanjangkan umur, saya akan menhasilkan buku yang sama hasil pengalaman saya sebagai jurutera di Industri Sawit Negara.

2. Steriliser Station

moving autofeeder
15 mt cages, indexer system, 2 unit 45 mt steriliser
broken steriliser foundation due to hot condensate. Using SS cover can minimize the problem

SS strainers to collect spillage loose fruits

moving transfer troller in front of steriliser
steriliser door

Bakam, Miri - tempat pendaratan ikan oleh nelayan

Semasa mencari bekalan ikan segar di Bakan, saya terpandang satu pemandangan yang indah nelayan sedang mencuci pukat. Hasil tangkapan sedang dijual di gerai bersebelahan. Mungkin disebabkan oleh warna warni bot yang menambahkan keindahan suasana perkampungan nelayan. Indah dan cantik itu sabstrak, jika ia dicari, sudah pasti ada di mana - mana!

Rizalman 11-12th July 2009

Friday, 17 July 2009

CPO Price 1980 - 2007


Palm Oil Milling Tips

To be at mill engineer's finger tips and not in thumb drive :
  1. Ripe fruit, mesocarp content : Oil (49%), water (35%), NOS (16%)
  2. Unripe, mesocarp content : Oil (87.38-1.08x% water content)
  3. Fruits : Enzymes-deactivation -> heating at 55 degree C
  4. FFB for storing a weeks, do not sterilize as it causes mould growth
  5. Sterilization objectives : 1) Inactivate lipolytic enzymes. 2) Facilate mechanical striping. 3) Imparts physico-chemical changes in pericarp to aid in pressing and de-oiling of solids. 4) Pre-conditioning of nuts to minimize kernel breakage during pressing and nut cracking. Also helps the kernel to detach from the shell.
  6. Sterilizer main issue :- difficult to release all air as it will be generated during sterilization, If one-quarter volume occupied by air and water at 50 degree C, the saturation pressure will drop form 143 degree C to 133 degree C (Dalton's Law of partial pressure) impairing heat transfer.

from Palm Oil Engineering Bulletin No. 89

PTPTN - Menabung semasa anda bekerja.. :P

PTPTN
  1. Kepada mereka yang bergelar siswazah, sudah tentu biasa mendengar singkatan ini. Disebabkan oleh kerana ketiadaan duit untuk melanjutkan pelajaran, tabung ini menjadi antara pilihan penting untuk semua pelajar universiti di Malaysia.
  2. Pendek cerita, saya salah seorang peminjam PTPTN. Selepas menamatkan ijazah pertama pada pertengahan tahun 2003, saya terus mencari kerja. Beberapa kali berpindah tempat kerja dan keadaan ekonomi diri yang masih tidak stabil menyebabkan saya telah menangguh untuk membayar pinjaman ini. Tanpa disedari, jumlah terkumpul akibat 4% dari baki RM24,500 memcecah hampir lebih RM27,000!
  3. Pada tahun 2006, selepas berkahwin dan mendapat anak pertama, saya cuba untuk membayar secara tidak tetap bulanan, namun pada akhir tahun, saya dapati jumlah pertambahan daripada 4% @ RM7+ @ >RM700/tahun lebih tinggi daripada jumlah yang saya bayar. Bayangkan dengan jumlah gaji yang rendah, komitmen terhadap keluarga dan berada jauh dari kampung..jumlah hutang saya makin hari makin bertambah.
  4. Alhamdulilah, selepas memulakan kerja di tempat baru pada tahun 2008, pendapatan baru membolehkan saya untuk menolak gaji bulanan terus. Namun, saya tetap tidak berpuas hati dengan jumlah kos pentadbiran @ interest yang tidak juga berkurang.
  5. Dengan tabah hati, saya menekadkan untuk menolak gaji bulanan sebanyak RM1000.00/sebulan. Dengan itu, mengikut kiraan saya akan melunaskan hutang PTPTN ini dianggarkan pada Aug/Sept 2010!. Sehingga kini baki adalah RM13,373.06 dengan kos pentadbiran RM27.98.
  6. Komitmen ini memerlukan pengorbanan yang besar, namun saya tetap berpuas hati kerana dapat melunaskan hutang ini dengan baik. Tindakan membuat potongan terus melalui gaji dan dibayar kepada LHDN, boleh mendisiplin perbelanjaan saya setiap bulan.
  7. Ini adalah secebis kisah saya dan PTPTN. Saya tahu di luar sana masih ramai yang bergelumang dengan cabaran kehidupan serta perlu membayar hutang semasa belajar. Banyak yang boleh dipelajari seperti :- Sebagai ibubapa, kita perlu menabung untuk pelajaran anak pada masa akan datang, sebagai pelajar kita perlu sedar duit yang diperolehi itu bukan untuk bersukaria, tetapi untuk belajar dan kena ingat, duit itu perlu dibayar pada masa akan datang! Sebagai kerajaan, amatlah gembira pemimjam PTPTN jika 4% kos pentadbiran @ interest itu dimansuhkan. Apalah gunanya duit berbillion ringgit ditabur kepada pemakan rasuah negara, tetapi kita menyedut duit dari lepasan pelajar yang belum tentu memperolehi pekerjaan !
  8. Apa pun, hutang wajib dibayar sebelum kita mati..kalau tak roh tersangkut ...pandai pinjam, pandai la bayar. Wassalam.

Sunday, 12 July 2009

Taklimat JAS 2hb.Julai 09 at Pustaka Miri

Taklimat CEMS, Composting, Status of compliances by mills, penyerahan lesen DOE
Azhar Buhari, Pekaka POM - Sime Darby,
Pengarah JAS Negeri Sarawak

Kehadiran terdiri dari pengurus dan pihak atasan

Sesi soal jawab

belakang, Ir. Stephen Lee, Engineering Advisor, Samling Plantation SB