Hati gundah gulana,
di rantau orang tanpa sanak saudara.
Mengenang episod lama, dua puluh tahun di bumi Borneo,
yang kini tinggal kenangan di hujung waktu.
Kini Sumatra pula aku jejak,
menapak langkah yang tidak pernah aku duga.
Saat sendu menyapa tanpa bicara,
aku tersedar — ada yang menanggung duka lebih parah daripada nestapa jiwa ini.
Nun jauh di utara, di barat Sumatra,
Aceh dan banyak lagi tanah manusia jelata,
ditimpa banjir, badai, dan bencana,
meragut ratusan, mungkin ribuan nyawa
hingga jutaan terpaksa berpindah mencari selamatnya dunia.
Jika duka yang kupikul mahu dibanding,
dengan derita yang melanda saudara seagama di sana,
maka walau sedalam mana resahku melingkar,
aku hanyalah membuang masa.
Lebih baik aku sujud bersyukur,
memandang kurnia Allah yang berdiri di depan mata.
Kerana di balik resah yang menyesakkan dada,
tersembunyi hikmah yang kadang aku lupa.
#anekdotindonesia
No comments:
Post a Comment