Friday, 27 November 2009

Salam Aidil Adha 1430H Kepada Semua Muslim

Selamat Aidil Adha 1430H kepada semua Muslim di seluruh dunia.

Sambut Hari kebesaran Islam dengan takbir membesarkan Allah selama 4 hari berturut - turut 10 - 13 Zulhijjah 1430H.

Saturday, 21 November 2009

Kek Lapis Sarawak

Kek lapis Sarawak yang terdapat di Pasar Malam Seberkas, setiap hari Sabtu.
1. Kek Lapis Sarawak merupakan salah satu daya tarikan yang unik di Sarawak.

2. Tiba musim perayaan dan cuti sekolah, jualan akan meningkat secara mendadak. Tempahan banyak dilakukan untuk dijadikan buah tangan atau hindangan semasa hari raya.

3. Keunikan kek lapis ini pada kepelbagaian corak, jenis dan rasanya.

4. Walaupun harga bermula dari RM10 hingga mencecah RM100 ke atas untuk satu kek lapis, ia tetap laris di pasaran.

5. Kek Lapis merupakan salah satu simbul masyarakat Sarawak yang sukakan kesenian. Seni melambangkan masyarakat yang halus dan cintakan keindahan. Seni lahir daripada ketekunan untuk menghasilkan sesuatu yang indah pada pandangan mata.

Maklumbalas kepada En. Puji

Beliau melawat blog ini dan bertanyakan pada saya persediaan untuk menjadi 'miller'. Berikut adalah nasihat ringkas saya.

Waalaikum WT. En. Puji,

1. Terima kasih kerana melawat bloq saya.
2. Tahniah kerana memilih industri ini sebagai kareer.
3. Tak kisah di mana atau syarikat ada bekerja, konsep yang sama boleh diaplikasi. Sikap dan altitud diri menjadi amat penting untuk maju di dalam industri ini. Jika sikap tidak betul, mana pun tempat kita berdiri, kita akan menemui kegagalan.
4. Terima keadaan atau situasi tempat kerja. Cuba untuk baiki dan improve standard ke arah yang lebih baik. Jangan mencari alasan seperti jauh dari bandar dan sebagainya untuk anda tidak buat yang terbaik.
5. Pastikan mempunyai sikap positif dari awal serta target untuk dicapai dalam tahun tersebut atau 5 tahun akan datang. Bila nak ambil stim eng exam? bila nak pergi diploma mpob? bila nak jadi manager? dan sebagai. Jika dapat senior yang guide semua itu, anda akan bertuah.
6. Minat. pilihan 2 sahaja. Anda minat, teruskan dan buat yang terbaik dalam industri. Anda tak minat, resign, cari kerja industri lain.
7. Keluarga memainkan peranan penting. pastikan family anda menyokong kareer anda. Jika tidak, anda akan bertukar angin separuh jalan.

good luck. Hari ini anda tanam pokok yang baik, hasilnya nanti manis dan lazat.Hari anda tanam pokok beracun serta berduri, kelak anda akan rugi.

Wanita Contoh Di Dalam Islam

  1. Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.
  2. Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.
  3. Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.
  4. Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.
  5. Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.
  6. Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, “Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku.” Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, “Bangun wahai anakku.” Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. “Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan?” Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, “Ini dia orang yang telah melukakan anakmu.” Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. “Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya,” kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya.
  7. Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini? Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: “Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman”. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, “Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim.” Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini? Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, “Kenapakah berlaku begitu?” Ummu Salamah berkata, “Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu” Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.
  8. Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan. Siapakah pula yang mengingati Asma’ binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.
  9. Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, “Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya” Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? “Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH” Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji?

Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in saya teringatkan perempuan-perempuan itu.

My Favourite Fruit ; Durian

The King Of Fruits

01112009 ; Kenduri Tahunan Kilang Sawit Loagan Bunut

Kenduri ini yang telah dirancang telah ditangguhkan beberapa kali. Diadakan sempena Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidil Fitri dan Doa Selamat untuk kilang.

Walaupun majlis adalah sederhana, namun pebabitan semua warga kilang amat memberangsangkan.

Terdapat juga ahli keluarga pekerja dan staff turut memeriahkan majlis tersebut.

Tahniah, teruskan semangat kerjasama yang semakin baik di kalangan warga Kilang Sawit Loagan Bunut.

15112009 ; Nur Aisyah Umairah

Infront of new Popular Book Shop at newly renovated Bintang Mall, Miri.

Friday, 20 November 2009

19th & 20th Nov 2009 ; IQA ISO9001:2008 by Mr. Zainal Zakariah

Last day of Audit. Najib, Peter, Zainal, me & Sofian

Opening Meeting with Mill Key Staff on 19th November 2009, 1600 pm at Loagan Bunut Palm Oil Mill Conference Room.

Wednesday, 18 November 2009

18hb. November 2009 ; Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SK Long Lapok

  1. Menghadiri majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah sebelum cuti sekolah bermula.
  2. Majlis meriah dengan persembahan pelajar, penyampaian sijil dan hadiah, kehadiran ibubapa dan masyarakat sekitar.

Sunday, 15 November 2009

14th November 2009, Farewell Party Zulkeple Lamin


Transfer from Bukit Limau Estate to Nak Estate, Sandakan.
One of senior manager in Boustead, joined since year 1984!

Saturday, 14 November 2009

PK Trailer Accident On Nov'09







Early November 2009, flooding at Jalan Lapok


1. Awal Nov'09, Sg. Bong, Jalan Lapok-Bakong mula bajir kilat.

2. Tanda - tanda musim hujan sudah bermula.

3. Dua, tiga atau empat bulan untuk diharungi.

4. Musim mencabar sudah tiba.