Sunday 17 October 2010

LISP 2010 Estate Safety, Health and Welfare

Soalan 1.

Wujudkan satu pelan tindakan bagaimana tindakan untuk mengawal dan mencegah kecederaan dan kemalangan di ladang?

Jawapan;

1.0 Pengenalan

Bahaya dalam industri perladangan didefinasikan sebagai perkara yang disebabkan
oleh persekitaran, pengendalian bahan, alatan kelengkapan dan teknik bekerja yang salah yang mempunyai potensi untuk menyebabkan kecederaan, kesakitan, dan kemalangan serta boleh membawa maut atau membahayakan pekerja di ladang.

Pelan tindakan pencegahan

(Matlamat, kenalpasti hazard, kempen, latihan, pemeriksaan tempat kerja, JK keselamatan, kuatkuasa undang-2)

i. Tetapkan matlamat untuk mencegah kecederaan dan kemalangan
Sifar kes kecederaan dan kemalangan di ladang

ii. Bentuk pelan tindakan mencegah kecederaan dan kemalangan

a. Mengenalpasti hazard dan langkah kawalan hazard di ladang
b. Kempen kesedaran untuk mencegah kecederaan dan kemalangan
c. Menjalankan latihan untuk mencegah kecederaan dan kemalangan
d. Menjalankan pemeriksaan di tempat kerja untuk mengurangkan risiko
e. Mengujudkan Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
f. Penguatkuasaan undang-undang

iii. Strategi untuk mencegah kecederaan dan kemalangan

a. Mengenalpasti hazard dan langkah kawalan hazard di ladang

Menjalankan pemeriksaan di tempat kerja untuk mengenalpasti hazard dan langkah kawalan hazard di ladang seterusnya mencegah kejadian kecederaan dan kemalangan pekerjaan. Program ini perlu dianjurkan oleh pihak majikan bersama dengan ketua pekerja dan semua maklumat perlu direkodkan untuk keperluan di masa akan datang.

b. Kempen kesedaran untuk mencegah kecederaan dan kemalangan
Menjalankan promosi untuk mencegah kecederaan dan kemalangan pekerjaan yang dianjurkan oleh pihak majikan bersama pekerja dengan mengedarkan risalah kepada
pekerja, menampal poster dan membuat banner atau kain rentang di kawasan tempat bekerja.

c. Menjalankan latihan untuk mencegah kecederaan dan kemalangan
Merencanakan dan menjalankan program latihan, kursus dan bengkel yang dianjurkan oleh majikan berkenaan bahaya dan risiko di tempat kerja. Sasaran peserta ialah semua lapisan pekerja dan perlu dilaksanakan secara berterusan.

d. Menjalankan pemeriksaan di tempat kerja untuk mengurangkan risiko
Menjalankan pemeriksaan di tempat kerja untuk mencegah kecederaan dan kemalangan pekerjaan serta mengawal risiko dan mengambil tindakan pencegahan. Program ini perlu dianjurkan oleh pihak majikan bersama dengan ketua pekerja dan semua maklumat perlu didedahkan kepada pekerja. Maklumat perlu direkodkan untuk keperluan di masa akan datang.

e. Mengujudkan Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Berdasarkan kepada keperluan dan peruntukan dalam Akta OSHA 1994, program ini
perlu dianjurkan oleh pihak majikan bersama pekerja untuk memeriksa dan melapurkan kecederaan dan kemalangan pekerjaan serta mengawal risiko dan mengambil tindakan pencegahan.

f. Penguatkuasaan undang-undang
Akta, undang-undang dan peraturan adalah satu langkah kawalan untuk memastikan pekerja selamat sebelum, semasa dan selepas bekerja. Peruntukan akta, undang-undang dan peraturan adalah untuk digunapakai dalam program keselamatan dan kesihatan pekerjaan di dalam organisasi. Akta yang lazim digunakan ialah OSHA 1994, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Pesticide 1974 dan lain-lain.

iv. Penilaian kepada matlamat yang ditetapkan
Penilaian untuk setiap sesi program perlu dijalankan oleh pihak majikan bersama dengan pekerja dalam tempoh selamasa yang ditetapkan untuk memastikan setiap matlamat dapat dicapai dan juga sebagai panduan untuk tindakan pembetulan sekiranya program didapati gagal dimanafaatkan.

4.0 Rumusan
Pekerja perlu dilindungi oleh pihak majikan daripada bahaya dan risiko semasa bekerja dan pekerja perlu melapurkan kepada pihak majikan jika terdapat keadaan yang bahaya dan tidak selamat di tempat kerja. Seterusnya dalam persekitaran kerja yang selamat, manafaat dikongsi bersama dengan pekerja dan majikan untuk pencapaian matlamat yang menguntungkan.

Soalan 2a.
Senaraikan hazard yang terdapat di ladang?
Jawapan,

1.0 Pengenalan
Hazard adalah sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan kemudaratan atau kecederaan kepada manusia, harta benda dan alam sekitar.
Risiko adalah kebarangkalian untuk kecederaan berlaku dan keterukan akibatnya adalah hasil pendedahan kepada hazard.

2.0 Jenis hazard, kecederaan dan kemalangan di ladang,

i. Biologi

a. Makroorganisma
Serangan ular, babi hutan, tebuan, penyengat, lembu, anjing liar, atau serangga yang membawa penyakit.

b. Mikroorganisma
Virus dan bacteria seperti H1N1, JE, Nipah, Hepatitis B, Malaria, Denggi dan HIV

ii. Kimia
Pencemaran penyemburan ketika kerja penyemburan sebenar dijalankan.
Mata terkena racun perosak atau bahan kimia
Minum dari laluan air yang tercemar
Tangan luka dan mengelupas, terkena baja dari bahan kimia, contoh baja berunsur nitrojen
Tempoh masa kerja meracun dijalankan

iii. Ergonomik
Mengangkat bebanan yang terlalu berat seperti kerja memunggah baja dan buah sawit ke lori.
Teknik bekerja yang salah seperti posisi yang ganjil atau tidak selesa yang menyebabkan regangan pada bahagian otot yang menyebabkan kesakitan untuk jangkamasa panjang.
Jarak berdiri antara pokok terlalu dekat iaitu kurang 6 kaki
Penggunaan computer dalam tempoh yang lama

iv. Fizikal
Terhempap bebanan, patah tangan
Cedera/luka terkena parang, sabit
Kemalangan kenderaan di ladang
Jatuh tersangkut semasa berjalan
Tertusuk duri pelepah sawit yang tajam
Pendedahan kepada habuk, debunga, spora dan kulat tumbuhan

v. Psikologi
Gangguan seksual, pencabulan, penagihan dadah dan arak, pekerja bermasalah, penderaan fizikal dan perkara yang mendatangkan bahaya kepada pekerja

vi. Persekitaran
Cuaca panas terik, hujan lebat dan rebut petir
Tanah runtuh
Banjir
Pencemaran bahan kimia dan bahan buangan sisa kimia
Lencongan tajam
Habuk, debu & jerebu
Lencongan tajam


Soalan 2b.

Bagaimana akta atau undang-undang dapat mencegah dan mengawal kemalangan, kecederaan, dan penyakit ditempat anda?

1.0 Pengenalan
Undang-undang atau peraturan ialah langkah kawalan. Pihak pengurusan hendaklah fasih dengan tujuan asas bg setiap peruntukan dalam akta dan pindaan yg dibuat selepas itu. Undang-undang kadang kala mempunyai kesan bertentangan. Adalah rumit utk menguatkuasakan undang-undang; ia memerlukan kakitangan terlatih, dimaklumkan dgn baik dan diuruskan dgn baik. Adalah penting utk fasih dgn peruntukan akta utk menggunapakai program keselamatan dan kesihatan did lm organisasi. Akta-akta berikut mempunyai konotasi (siratan) keselamatan dan kesihatan.

2.0 Undang-undang yg telibat adalah:

Akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan 1994 (OSHA)


Seksyen 8:
Majlis Kebangsaan utk keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
Tujuannya utk menjalankan siasatan, membuat laporan dan mencadangkan usul.

Seksyen 30:
Pembentukan Jawatankuasa Kesalamatan dan Kesihatan di tempat kerja.
Majikan yang mempunyai 40 atau lebih pekerja diwajibkan utk menubuhkan Jawatankuasa Kesalamatan dan Kesihatan.

Seksyen 15:
Tanggungjawab majikan
Mewujudkan tempat kerja yang Selamat
Menjalankan latihan keselamatan
Memastikan pengangkutan barang-barang dilakukan dengan Selamat

Seksyen 24:
Tanggungjawab pekerja
Memakai peranti keselamatan
Mematuhi undang-undang

Seksyen 28:

Saringan keselamatan
Membuat saringan keselamatan kpd pekerja

Seksyen 29:
Keperluan untuk Pegawai Keselamatan dan Kesihatan
Jawatan Pegawai Keselamatan dan Kesihatan perlu diwujudkan

Seksyen 32:
Pemberitahuan kemalangan

Seksyen 16:
Polisi berkenaan Keselamatan dan Kesihatan

Seksyen 17:
Tanggungjawab kpd orang selain pekerja

Akta pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit 1988

1. Istiharkan kawasan wabak

Seksyen 10:
Notis pemberitahuan kepada kementerian kesihatan

Seksyen 11:
Pengistiharan kawasan wabak

Seksyen 12:
Orang yang dijangkiti bertanggungjawab untuk memaklumkan dirinya sakit kepada kementerian kesihatan

Seksyen 14:
Orang sakit perlu dikuarintin

Seksyen 15:
Mengesan bagaimana wabak boleh tersebar (Surveillance)


Akta kualiti alam sekitar 1974
Melindungi pekerja dari segi mewujudkan alat pencegah pencemaran
Memproses sisa sebelum dibuang.


Akta Pestisid 1974
Seksyen 7: Penyediaan pakaian perlindungan
Seksyen 8: Penyediaan kit keselamatan (First Aid Kit)
Seksyen 9: Tugas Majikan
Seksyen 10: Tugas Pekerja
Seksyen 11: Pemeriksaan Kesihatan


3.0 Rumusan
Akta atau undang-undang boleh melindungi pekerja ketika bekerja terhadap risiko keselamatan dan kesihatan yang timbul dari aktiviti pekerja ketika bekerja. Ianya juga merupakan sitem regulasi dan kod amalan industri yang sah. Akta dan undang-undang direka utk menjaga atau meningkatkan piawaian keselamtan dan kesihatan.

No comments:

Post a Comment