Tuesday 7 December 2010

Doa Akhir Tahun (Maksud)

Ertinya :

  1. Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayng. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Rasullah SAW serta keluarga dan sahabat - sahabat baginda sekalian.
  2. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara - perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan - perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat tiada mengazabkan kami,
  3. malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu.
  4. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana - mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami.
  5. Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.

No comments:

Post a Comment