Dua minggu berlalu di tempat baru.
Duit seringgit dalam saku,
Buat membeli ikan pari,
Dari Sandakan ke Lahad Datu,
Kembali aku ke lembah memori.
Morisem tempat aku bermula,
Membesar pula di Leepang sana,
Loagan Bunut dan Nak dilatih semula,
Segamaha pasti tugas terlaksana.
....
Berita perpindahan yang aku terima dalam jangkamasa singkat membuat aku dan keluarga kelam kabut berkemas dan berpindah.
Kalau aku seorang, mungkin tidaklah sukar, namun dengan keluarga, pelbagai barangan penuh di rumah serta anak sekolah membuatkan semuanya agak membebankan. Lebih lagi bila notis cuma kurang seminggu.
Namun, Alhamdulillah, dalam jangkamasa singkat, semua berjalan dengan lancar. Tempat kerja baru, tidaklah begitu membebankan buat aku, kerana setiap tempat kerja ada pro dan cons tersendiri. Biar pun ada masalah, ia tetap sebuah cabaran dan tanggungjawab yang perlu diselesaikan. Mana yang sudah baik dan bagus, kita teruskan ke arah lebih cemerlang. Malah aku lebih suka jika tempat kerja ada masalah untuk aku selesaikan. Ia ibarat sebuah pertandingan, perlumbaan dan cabaran buat diri aku. Aku sukakan anderilin yang mengalir laju ke otak dan seluruh tubuh aku!
Ia pasti sesuatu yang mengujakan!!!
No comments:
Post a Comment