Sunday, 29 September 2013

Muraqabah

Muraqabah sebagaimana diisyaratkan di dalam al-Quran dan hadis ialah, merasakan keagungan Allah swt di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kehadiran-Nya (walaupun di saat kita bersendirian ataupun berada di khalayak ramai).

Sebelum kita start sesuatu pekerjaan dan di saat mengerjakannya, cubalah kita bertanyakan dalam diri masing-masing.... apakah setiap gerak dalam melaksanakan amal dan ketaatan ini kerana untuk kepentingan peribadi atau sekadar ingin mencari populariti??? atau adakah kerana dorongan mahukan redha Allah swt?


Ada 4 jenis muraqabah iaitu :

1. Muraqabah dalam melaksanakan ketaatan adalah dengan cara ikhlas kepada-Nya.

2. Muraqabah dalam kemaksiatan adalah dengan taubat, penyesalan dan meninggalkannya secara totally 100%.

3. Muraqabah dalam hal-hal yang mubah (harus) adalah dengan memelihara akhlak dan budi pekerti yang baik, kemudian bersaksi dengan setulus hati bahawa semua kenikmatan itu hanyalah berasal dari Allah. Kemudian dengan penuh kesedaran hati, bersyukur di atas segala nikmat-Nya.

4. Muraqabah dalam musibah adalah dengan redha kepada ketentuan Allah swt serta memohon pertolongan-Nya dengan penuh kesabaran dan keyakinan.

Jika kita lihat contoh sahabat Nabi saw, Saidina Umar r.a pernah mengajar jiwanya sendiri ketika ketinggalan solat fardu berjemaah iaitu dengan cara menghidupkan semalaman suntuk pengabdiannya kepada Allah swt sebagai penebus solat jemaah yang ditinggalkannya tadi. Hmm, kalau kita.. rasanya, bolehlah sekadar beberapa minit di atas tikar solat!

Jiwa dan hati kita memerlukan penelitian setiap hari dan harus ditingkatkan mutu ibadat setiap hari sehinggalah ajal menjemput kerana di sinilah letaknya keselamatan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

• Orang yang suka memperhitungkan keadaan dirinya sendiri sebelum diperhitungkan nanti di akhirat, pasti akan ringanlah perhitungannya pada hari kiamat.

Ref

Sumber http://nuryanie.blogspot.com/2007/06/muraqabah.html

No comments:

Post a Comment