Monday 21 October 2013

Dilution dari condensate steriliser mampu naikkan OER 0.3-0.5%

Dilution menggunakan condensate steriliser ganti air panas di press station.

Tujuan.

1. Kurangkan penggunaan air
2. Recover losses di condensate steriliser.

Namun, berhati hati semasa musim ffb buruk kerana ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kpd kualiti cpo production.

Tindakan lain perlu diambil perhatian supaya tindak menghuru harakan operasi seperti

Monitor kandungan dan nisbah air:cpo:sludge melalui spin test di crude oil tank

1. Monitor kualiti dobi dan ffa

2. Pastikan cpo despatch lancar utk elak simpanan stok cpo yg tinggi

Utk ini, kilang perlu pasang piping baru. Guna 3" pipe sambung dari condensate tank ke press oil gutter atau tempat masuk air panas di press station. Jgn sesekali bypass vibrating screen.

Lebih baik jika graviti flow diperolehi. 

Jika tidak dapat, guna pam.

Selain dari itu, tujuan nya yg paling besar adalah utk mengurangkan losses effluent.

Selagi ada kesan minyak di effluent, selagi itu kita mesti jalankan penambahbaikan terhadap operasi kilang. Sy dapati kebanyakan kilang efesien dalam kawalan losses di oil room, namun, di condensate sangat lemah. Inilah punca utama sumber minyak di kolam kolam effluent kilang kilang sawit.

Kita bukan mahu recycle 100% condensate, tetapi cukup maksimum 30% shj dari jumlah total condensate yg dihasilkan terutama bahagian atas yg bercampur dgn losses.

Sesuai dgn saranan mpob yg tidak mengggalakkan recycle condensate disebabkan oleh

1. Contamination iron yg tinggi

2. Boleh menjejaskan kualiti cpo

Pro n cons telah saya sebut, maka, diharap Tuan2 semua mengambil tindakan yg perlu mengikut situasi semasa di kilang.

Setiap perkara baru perlukan pemerhatian.

Jika ada perubahan baru di kilang dijalankan, sila buat penyelidikan mendalam dan jangan lepas tangan mudah dgn anak buah,

Kelak, yg diharap lebih baik tak kunjung tiba,

Krisis lain yg lebih besar pula timbul.

Good luck.

No comments:

Post a Comment