Friday 20 February 2015

PUNCA KEWANGAN

ADA EMPAT BAHAGIAN PUNCA KEWANGAN

2B & 2P

Sisi KIRI
1. BEKERJA MAKAN GAJI
2. BEKERJA SENDIRI

Sisi KANAN
1. PERNIAGAAN
2. PELABURAN

Untuk mencapai status kebebasan kewangan, kita perlu menumpukan kepada SISI KANAN. Jika kita masih berada di SISI KIRI, status kewangan kita tidak akan berubah.

1. Makan Gaji
Walau apa pun jawatan kita, makan gaji bergantung kepada majikan dan prestasi kita bekerja. Jika apa - apa berlaku kepada diri kita sepanjang perkhidmatan, kita akan diberhentikan kerja dan mendapat skim pencen ilat PERKESO.

2. Bekerja Sendiri
Bekerja sendiri walaupun mendapat kebebasan dalam suasana pekerjaan, namun ia memerlukan kita sentiasa sihat untuk menjalankan pekerja kita. Jika kita sakit atau berhenti dari melakukan pekerjaan tersebut, maka sumber pendapatan kita secara automatik akan berhenti.

3. Perniagaan
Menjalankan perniagaan membawa maksud kita mempunyai sebuah syarikat. Syarikat itu akan memberikan keuntungan kepada kita. Walaupun kita tidak berada dalam syarikat semasa cuti, syarikat akan diuruskan oleh barisan pengurusan.

4. Pelaburan
Pelaburan adalah contoh sumber pendapatan pasif. Sebagai contoh kita melabur dengan membeli rumah dan menyewakan rumah tersebut. Sewaan akan memberikan keuntungan dan menjana sumber kewangan kita.

Dalam melakukan kesemua perkara di atas, yang PALING UTAMA adalah halal. Halal akan menyebabkan kita mendapat KEBERKATAN. Tiada gunanya banyak harta yang kita kumpulkan dari sumber yang haram kerana KEBERKATAN tiada. Akhirnya harta yang kita cari akan diwariskan kepada orang lain.

Mereka yang berusaha akan mendapat balasan. Harta yang terbaik adalah harta yang halal lagi berkat.
Ingat ALLAH & janganlah mencari harta dari jalan yang batil.

Semoga diberkati ALLAH.

No comments:

Post a Comment