- Dah lama bersarang blog ini.
- Tengah cuci - cuci dan share di page FB, terjumpa gambar masa muda berumur 22 tahun, 19 tahun lepas, 2001.
- Gambar semasa Peringkat Tiga PALAPES, Kem Tahunan, Berkubu di Gurun, Kedah.
- Saya tertarik melihat gambar ini kerana masa berlalu sangat pantas. Pada waktu yang sama, situasi tubuh badan pada saat ini berumur 41 tahun amatlah berbeza pada saat gambar ini diambil.
- Sejak beberapa bulan yang lepas, badan saya mulai rasa lemah. Tidak seperti ketika saat muda.
- Kena mula jaga pemakanan dan tidak lagi boleh melakukan aktiviti ekstrem seperti usia muda.
- Jika dulu, apa sahaja boleh dilakukan. Kini tidak lagi.
- Rakan sekolah dan universiti juga ada sudah yang meninggalkan dunia menuju akhirat beberapa tahun yang lepas.
- Saat dan sisa masa yang berbaki, semoga diisi dengan penuh kebajikan, kebaikan dan mengumpul bekalan untuk Hari Akhirat.
Semoga Allah berkati kita semua dalam rahmat dan hidayah selamanya.
No comments:
Post a Comment