Sunday 23 February 2020

Prinsip dan Etika Komunikasi Dalam Islam












Etika dan Prinsip Komunikasi dalam Islam


1. Sumber utama etika dan komunikasi dalam Islam adalah al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW.
2. Sejak tiga dekad yang lalu, komunikasi Islam mula berkembang dengan pertambahan kajian oleh sarjana Islam. Inisiatif bermula di atas keperihatinan terhadap elemen sosial sains yang banyak dipelopori oleh gaya dan kehidupan masyarakat Barat. Kehidupan Barat yang amat berbeza dengan cara kehidupan dalam Islam terutama dari segi matlamat, sumber dan kaedah.
3. Di atas kesedaran itu, sarjana Islam mula mengkaji, merangka serta mempromosikan komunikasi Islam. 
4. Komunikasi dalam Islam bukanlah perkara yang asing, malah ia menjadi tunggak utama dalam ajaran Islam.
5. Terdapat banyak ayat al-Quran dan Hadis berkenaan cara bercakap dan akhlak mulia Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan panduan kepada umat Islam.
6. Dengan kepesatan teknologi maklumat dan penggunaan media massa yang berleluasa di seluruh dunia, etika dan prinsip komunikasi Islam amat diperlukan.
7. Konsep kebenaran, sumber yang sahih, larangan menyebarkan fitnah, gaya bahasa yang lemah lembut, diam lebih baik daripada perkataan tidak bermanfaat dan setiap apa yang dilakukan akan dipertanggungjawab di Akhirat, mampu untuk mengawal suasana komunikasi hari ini yang banyak membawa mudarat kepada masyarakat.
8. Tugas kita sebagai umat Islam untuk mendalami al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad SAW amat diperlukan pada masa kini. Keindahan, kebaikan dan rahmat ajaran Islam ini perlu disebar luaskan untuk seluruh manusia di seluruh dunia. Islam dalam untuk memberi rahmat. Hilangnya keindahan itu sudah pasti akan membawa bencana kepada manusia secara umum di seluruh dunia.

Jom sebarkan Komunikasi Islam!

Zulkefli Muhammad
Kajang, Selangor, Malaysia.
23 Feb 2020


No comments:

Post a Comment