Sunday, 10 April 2022

ISO Risk-Based Thinking

Universiti Kehidupan

Ketidak selesaan itu adalah pengalaman berharga dalam universiti kehidupan

Bila ditanya, bagaimana saya boleh survive dalam industri sawit dan kejuruteraan hingga kini? Jawapan saya sebab dulu saya PALAPES.

Semasa 3 tahun latihan, kami pernah tidur dalam ladang sawit baru tanam, sawit 10 tahun dan sawit nak tebang. Selain ladang sawit, ladang getah pun pernah. Dalam hutan itu biasa, mara berpuluh km dan berkubu atas bukit botak panas terik mentari. Bila kita buat latihan, maka disitulah kami tidur, makan, minum dan mandi. Jika disitu ada lopak air, maka itulah air yang kami buat mandi.

Jika bukan kem tahunan selama 2 minggu, kami ada latihan 2 hari setiap hujung minggu. Bangun awal pagi pukul 5 dan berbaris pukul 6. Kami buat latihan fizikal, kawad, teori dan amali sepanjang hari. Masa itu rakan kami yang lain lena dibuai mimpi tidur sampai tengahari.

Tamat latihan tahunan, cuti berbaki kami buat aktiviti rekreasi sesama sendiri. Kami buat ekspedisi kayak dari Seberang Prai hingga Tanjong Tokong, Tanjung Bungah, Pulau Pinang. Berhenti di Pantai Batu Feringgi akibat ombak tinggi.

Apabila semester berjalan, kami buat aktiviti kelab makan malam, baktisiswa, jaga sekuriti jaga universiti 🤭, kawad pembukaan konvokesyen universiti, kawad hari kebangsaan serta banyak aktiviti lain. Saya jadi tukang belakang tabir dan sejak dulu tidak suka persembahan diri. Beri saya kerja belakang tabir, sudah pasti segalanya selesai.

Akhirnya, kami bergaya dengan baju mahal No. 1 kutipan duit alaun latihan bertahun untuk makan malam rejimental di hotel mewah 5 bintang. Balik makam malam, kami cari roti canai depan universiti akibat kelaparan 🤣🤭.

Ya, kami bangga sebab pengorbanan itu menjadi sebuah kenangan indah sepanjang hayat. Sekali seumur hidup, jika kita susah, tidak selesa, sakit, sengsara, namun selepas itu ia menjadi indah sepanjang hayat. Ya, kita mampu dan kuat mengharungi segalanya. Kehidupan menanti lebih besar cabarannya.

Seni Mengurus - Science of Management

Dari Teknikal kepada Pengurusan

Suatu hari, semasa menemani seorang GM menyusuri kolam - kolam effluent, saya bertanyakan nasihat kepada beliau tentang apa yang perlu saya lakukan untuk membina kerjaya sebagai jurutera? Apa lagi bidang teknikal yang perlu saya belajar?

Tanpa diduga, dia menjawab, "Jika kejuruteraan itu adalah sains, maka pengurusan juga adalah sains. Seni mengurus manusia". 

Maka sejak itu, disamping menambahkan kompetensi dalam teknikal, saya memulakan pengembaraan belajar tentang pengurusan. Dari hari ke hari, semakin banyak ilmu baru tentang pengurusan saya perlu pelajari. Komunikasi, kepimpinan dan pengurusan adalah perkara yang sangat luas. Ia amat kompleks kerana kita berhadapan dengan manusia yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman.

Mesin rupanya lebih mudah. Tetapi tidak manusia. Ia memerlukan ilmu pengurusan tanpa henti.

Pemimpin perlu sentiasa belajar, mengajar, diajar dan sentiasa berubah ke arah lebih baik.

Usia Muda

Umur muda remaja dewasa 

Masa untuk belajar. Fizikal dan mental dalam keadaan paling terbaik untuk dibentuk. Dulu kita belum ada zaman gadjet. Masih pakai telefon awam guna duit syiling nak telefon awek.

3 tahun lebih di universiti antara perkara terindah yang banyak membentuk diri saya hari ini adalah kerana saya menyertai PALAPES - ROTU.

Sepanjang 3 tahun latihan, kami dilatih dan diuji fizikal serta mental. Hanya mereka yang pernah menyertai latihan tentera tahu pahit manis derita dan air mata dalam latihan tahunan, kawad dan siri pentaulihan. 

Dalam masa 3 tahun pahit dan manis, kemudian ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. 3 tahun itu masa yang amat singkat, namun kesannya membentuk diri sepanjang hayat.

Apabila berkerja, rupanya cabaran lebih besar kita akan hadapi. Fizikal dan mental. Di laut kita dibuang menjadi pulau, di darat menjadi gunung, di langit menjadi bintang - tiber.

Moralnya, kita adalah apa yang kita lakukan di zaman remaja muda dewasa. Gunalah masamu sebaik mungkin anak bangsa.

Thursday, 3 March 2022

Perlukah tambah garam dan cili bila kita ingin marah orang?

1. Bila kita ingin marah atau tegur orang bawahan kita (masakan kita boleh marah orang atasan pulak kan? 🤣🤣🤣), kita kena fokus kepada perkara yang ingin ditegur.
2. Jangan tambah cili dan garam. Belacan pun tidak perlu.
3. Contohnya adalah seperti berikut :

Kejadian 1
Seorang staff buat kesilapan dalam laporan. Kita panggil staff terbabit. Bawa laporan tersebut dan tunjukkan kesilapan yang dilakukan. Kita boleh terangkan kesan kesilapan yang beliau lakukan seperti bumi boleh menjadi gempa bumi atau taufan...tiber... kita boleh tambah dengan berikan tip seperti galakkan staff itu untuk periksa berulangkali sebelum laporan dihantar atau minta kenalan kita untuk lihat terlebih dahulu.

Dengan cara ini, staff tersebut akan fokus juga kepada kesilapan beliau dan berusaha untuk kurangkan kesilapan pada masa hadapan.

Kejadian kedua
Kita panggil staff terbabit dan mula membebel kepada beliau. Kita marahkan beliau dengan mengatakan beliau tidak pandai buat kerja walaupun sudah lama. Kita tambah lagi cili dengan mengatakan beliau tidak hensem seperti pelakon Kpop..🥱. Bla bla bla...bila sudah hampir 30 minit membebel, 2 minit terakhir kita maklum tentang kesilapan yang beliau lakukan.

Persoalannya, manakah cara yang terbaik untuk kita lakukan? Manakah cara yang lebih mudah diterima oleh staff kita? Adakah jawatan dan posisi yang kita ada memberikan lesen besar kepada kita untuk memarahi staff kita dengan menambah cili, garam dan belacan?

Ingat, setiap manusia ada harga diri, hati dan perasaan. Bukan semua suka apabila kita dihina, disindir dan dimarahi secara pukul rata dan membabi buta.

Fokus dan jangan tambah menambah. Melainkan nak tambah nasi, bini atau follower anda di TikTok...tiber...

Salam Sejahtera 2022

 1. Masuk bulan Mac, post pertama sejak sekian lama.

2. Bulan Januari dan Febuari amat sibuk dengan tugas harian.

3. Sebenarnya, ia masih berlarutan hingga ke hari ini bulan Mac 2022.

4. Asalnya ingat mengambil cuti rehat beberapa hari tergendala disebabkan oleh komitmen kerja tanpa henti.

5. Baru - baru ini seorang artis telah berkongsi tiga tip untuk berjaya.

Learn

Teachable

Love 


Untuk berjaya kena ada 3 perkara di atas. Kita mesti sentiasa belajar untuk berjaya. Banyak membaca dan sentiasa menambahkan ilmu atau skill baru kita. 

Perkara kedua adalah kita boleh diajar. Apabila kita ingin belajar, kita mesti mudah untuk menerima teguran orang. Dari situ kita boleh perbaiki diri kita dengan lebih cepat. Jika kita tidak boleh diajar, kita akan lebih mudah terjerumus kepada sifat ego dan sombong. Orang yang ego dan sombong tidak akan mudah untuk diajar.

Cinta. Suka apa yang kita buat. Dengan cinta, kita akan dapat mengatasi segala cabaran dalam ujian yang ditempuhi. Cinta melahirkan minat yang mendalam. Minat mendalam akan jadi motivasi paling besar untuk kita bergerak ke hadapan.

Sentiasa belajar, Boleh diajar & Cinta.

Aku cinta padamu..cia cia.. 😆🤣😁