Cerita tentang rumah
Seusia 16 tahun telah berkelana, di mana bumi dipijak maka di situlah rumah kedua aku. Walaupun ia berupa asrama, universiti, mahupuh rumah tumpangan kawan sebilik.
Inilah lumrah rezeki yang telah tertulis dan kaki berhenti. Memikirkan soal rumah, ia merupakan isu yang sangat sensitif. Bayangkan jika selang tiga hingga lima tahun kau terpaksa berpindah randah dari satu negeri ke negeri lain. Dan itu kau lakukan selama lebih 29 tahun. Lebih dari separuh usia diri kau sendiri.
Sesiapa yang kerja kilang sama ada mana - mana industri sekali pun, pindah ini bukan sesuatu yang asing. Sampai masanya, kau akan dipindahkan. Sama ada di syarikat yang sama mahu pun jika kau pindah di syarikat lain.
Jika orang kilang akan kena pindah setiap tiga hingga lima tahun, orang yang terlibat dalam projek sebenarnya mereka lebih kerap berpindah. Banyakkan tempoh projek biasanya maksimun dua tahun. Dari satu projek ke projek yang lainnya.
Pada tahun 2004, aku buat keputusan untuk menjejaki ke Bandar Lahad Datu, Sabah dan memulakan perjalanan kerjaya dalam bidang industri sawit. Setelah pindah randah dari Lahad Datu ke Miri, Sandakan dan kembali semula ke Lahad Datu (2004-2015). Lebih kurang 12 tahun lamanya.
Setelah 12 tahun bergelumang dengan industri sawit, di waktu anak sulung mula ingin menduduki peperiksaan UPSR, saya menukar haluan dari hulu ke hilir industri sawit. Ditambah dengan kepenatan menjadi weekly husband dan pindah randah. Dengan harapan kiranya dapat tinggal di satu tempat dan menghargai nikmat hidup sebagai sebuah keluarga yang sempurna. Ya, itulah antara sebab utama saya meninggalkan comfort zone dari kilang sawit menuju ke sebuah syarikat yang saya tidak ada pengentahuan tentangnya.
Empat tahun yang cukup mencabar, penuh duka lara dan 1001 kenangan pahit yang tidak mahu diulang kembali. Setelah empat tahun, saya kembali semula ke kilang sawit. Namun, ingatkan cerah hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Akhirnya saya sekali lagi membawa diri dan keluarga buat pertama kalinya berpindah ke Semenanjung Malaysia. Dari negeri Sembilan ke negeri Johor semasa zaman Covid 19. Sekali lagi mengenali industri baru, rakan kerja baru dan bos baru. Bukan juga senang malah penuh luka liku jiwa dan raga.
Namun berbekalkan pengalaman selama lebih 18 tahun dalam industri dan juga keperluan diri dan keluarga yang besar, segala ujian itu ditempuhi. Bukan mudah untuk mendapat kepercayaan tempat baru dan bukan juga senang untuk mengatasi segalan ujian yang ada. Alhamdulillah, sejak 2019 hingga kini saya masih berada di syarikat yang sama. Kilang ketiga dan sudah memasuki tahun kelima.
Sebuah syarikat yang cukup hebat dan begitulah jua setelah syarikat ini dibeli oleh sebuah syarikat antarabangsa bertaraf dunia.
Insya Allah, awal tahun 2025 iaitu setelah lebih 10 tahun membuat keputusan untuk berpindah, sekali lagi akan dipindahkan. Ini kali ke berapa? entah.
1. Kilang M, Sukau
2. Kilang L, Sukau
3. Kilang L, Miri - 2 rumah
4. Kilang N, Sandakan
5. Kilang S, Lahad Datu - 2 rumah
6. Kilang G, Lahad Datu
7. Kilang W, Lahad Datu
8. Kilang E, Nilai
9. Kilang P, Pasir Gudang
10. Kilang L, Lahad Datu
Jika dikira telah tinggal di lebih 12 rumah dalam masa 20 tahun. Setelah kembara Borneo selesai, insya akan memulakan kembara di bumi asing sekali lagi. Ya Allah, pimpinlah aku di jalan yang lurus.
Kembara Insan, kembara lagi.
No comments:
Post a Comment