Saturday, 12 October 2024

Jimbo : apa tugas seorang jurutera stim?

Jimbo tanya aku, apa tugas seorang jurutera stim?

Aku menjawab ;
1. Jurutera stim adalah kompetensi yang ada dalam FMA 1967. Keperluan untuk mana - mana pengadung tekanan berapi atau boiler yang mempunyai luas permukaan memanas tertentu.
2. Seperti juga keperluan kompetensi untuk boilerman, engine driver dan juga enjin pembakaran dalam.
3. Seperti juga untuk safety officer, crane operator dan lain - lain.
4. Untuk kilang sawit, sudah tentu ada boiler dan perlukan boilerman dan juga jurutera stim. Begitu juga power plant dan kilang - kilang lain.
5. Untuk mendapatkan lesen jurutera stim, seseorang itu mestu mempunyai ijazah dalam kejuruteraan mekanik. Bidang kejuruteraan lain boleh cuma perlu menduduki peperiksaan tambahan seperti paper A, B dan C.
6. Seseorang yang telah bekerja minimun dua tahun di boiler boleh menduduki peperiksaan jurutera stim. Sekarang di bawah OSHA 2022, keperluan lebih ketat. Perlu latihan dan perlu kelayakan mininum luas permukaan boiler tertentu untuk menduduki jurutera stim gred 2 dan gred 1.
7. Kilang sawit merupakan tempat kerja paling sesuai untuk graduan ijazah kejuruteraan mekanik.
8. Di kilang sawit, lesen jurutera stim adalah kewajipan untuk seseorang sebelum beliau boleh menjawat jawatan seorang pengurus kilang.
9. Bermula 2004, menduduki peperiksaan jurutera stim gred dua awal tahun 2006, lulus pada bulan sept 2006, beberapa bulan kemudian saya disuruh menjaga sebuah kilang. Dalam tempoh kurang 3 tahun.
10. Pada tahun 2011, saya telah lulus 4 lesen jurutera stim dan jurutera enjin pembakaran dalam gred 1. Marathon selama enam tahun.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment