Sunday, 4 May 2025

Termination

1. Benar kata pepatah, kita hidup umur semakin menua, uban putih di kepala, garam lebih banyak disedut badan. Begitulah jua pengalaman hidup mendewasakan kita sepanjang usia. Kita jadikan setiap pengalaman pahit manis sebagai panduan untuk kita menghadapi hari - hari mendatang.
2. Semasa berumur 27 tahun, disebabkan lulus lesen jurutera stim, saya telah diarahkan untuk menjaga sebuah kilang sawit. Itu adalah pertama kali saya menjawat jawatan pengurus. Setelah bermula sebagai kadet jurutera, penolong jurutera.
3. Saya tidak pernah kongsikan cerita ini melalui media sosial, namun saya sering jadikan cerita kepada staff saya.
4. Disebabkan perkara ini berkait dengan situasi yang saya hadapi, ia mengingatkan saya kisah sama yang telah saya alami.
5. Sebagai pengurus muda, paling muda dalam syarikat semasa tempoh itu, saya menghadapi banyak kesukaran. Apabila muda, semua orang yang telah berpengalaman dan berusia akan banyak mempersoalkan segala tindakan dan keputusan kita. Sejak menjawat jawatan kadet jurutera, saya sudah biasa dengan keadaan tersebut. Di rumah pun apa yang kita buat sering dipersoalkan.
6. Dipendekkan cerita, saya mempunyai seorang penolong yang berusia hampir 15 tahun lebih tua dari saya. Disebabkan itu, setiap arahan saya tidak dilaksanakan dan ia menjadi kesukaran kepada saya. 
7. Saya ajukan hal tersebut kepada orang atasan saya. Saya justifikasikan dengan beberapa alasan dan saya mahukan dia diberhentikan. Pada masa itu disebabkan darah muda saya, saya agak emosi. Saya juga katakan, kalau dia tidak diberhentikan, saya yang akan berhenti.
8. Maklumbalas bos saya pada masa itu agak relevan. Dia berkata, "Zul, it is not that easy. To terminate someone, we have to follow lots procedures. Or else, we will end up with Labor Court issues".
9. Saya balik ke ladang. Berfikir dan mengamati apa yang dia maksudkan. Beberapa tahun berikutnya, saya mendalami selok belok segala urusan berkenaan pengurusan staff di tempat kerja. 
10. Ya benar, apa yang dia cakap adalah tepat. Ia tidak semudah mengikut emosi kita untuk menamatkan perkhidmatan mana - mana staff kita. Ia memerlukan banyak proses dan kes yang dibawa mesti kuat untuk menjustifikasikan tindakan tersebut.
11. Seperti yang saya katakan, saya telah lalui zaman emosi darah muda dan telah banyak belajar melalui pengalaman. Mungkin ada yang tidak bersetuju, namun pengalaman diri - sendiri ini cukup berharga untuk dijadikan panduan pada masa hadapan.
Jangan ikut emosi. Jadilah professional dan dapatkan nasihat dari orang yang lebih berusia (banyak makan garam dan tekanan darah sudah tinggi).

No comments:

Post a Comment