Saturday 5 June 2010

Kantin Kilang

  1. Boleh dikatakan semua kilang mempunyai kantin di hadapan atau berdekatan dengan kilang. Disebabkan kilang merupakan pusat untuk aktiviti di seluruh ladang, kantin ini biasa mempunyai lebih daripada tempat untuk makan dan minum.
  2. Kantin ini biasanya digabungkan dengan kedai runcit di mana semua pekerja kilang, pekerja ladang dan pelawat membeli barang keperluan asas rumah. Jika ada aktiviti rasmi kilang, kantin bertindak sebagai pihak yang menyediakan juadah minum dan makan.
  3. Harga yang ditawarkan sudah tentu lebih mahal berbanding di bandar disebabkan faktor jarak yang jauh di pelusuk pendalaman. Namun, biasanya pekerja kilang mendapat diskaun disebabkan subsidi yang diberikan kepada pengusaha. Air, elektrik serta sewa boleh dikatakan agak murah.
  4. Kantin merupakan tempat yang amat nostagia bagi aku sebagai seorang jurutera di kilang sawit. Di Morisem POM, kedudukan kantin yang dibina amat strategik. Kantin dibina di tengah - tengah hadapan kilang, di luar pagar. Jika sedang minum di kantin, pemandangan yang cantik dapat dilihat. bermula pejabat, penerimaan buah, water treatment, boiler dan bilik enjin yang sedang beroperasi, kernal plant serta lori yang sedang mengambil tandan kosong, semuanya dapat dilihat dari kantin!
  5. Waktu pagi, matahari yang tidak panas akan menerangi bahagian kiri kantin di sebelah timur. Petang apabila matari mengufuk, bahang yang panas di halang oleh bangunan kedai runcit yang membuatkan berada di kantin lebih selesa. Lagipun, kedudukan kantin serta kiang berada di kawasan paling tinggi, angin yang bertiup membuatkan suasana di sana amat tenteram, walaupun kekadang dipecahkan oleh kebisingan safety valve blow off!

bersambung..

No comments:

Post a Comment